BLOGGER HEBAT YANG TAK POPULAR

Sapa sokong aku kata blogger hebat tak semestinya blogger popular & yang popular tak semestinya hebat dalam penulisan blog? Ok Ok.. aku tak nampak sapa angkat tangan sapa boo... hahahaha.. Sebenarnya itulah kenyataannya. Macam retis la.. tak kira penyanyi ke pelakon ke pengacara ke.. Kadang2 popular tapi bakat setakat mampu baca skrip jer tapi disebabkan dia pandai ketengahkan diri dia untuk di kenali ramai atau kelebihan lain yang dia ada macam rupa ke penampilan ke dia tak sengaja jadi popular.. maybe dari kontroversi atau apa2 je lah buat dia jadi popular. Sekarang ni nak popular bukan susah.. buat benda memperbodohkan diri pun dah boleh jadi popular.. Yang susah nak popular ni golongan bijak pandai jer. Ambil masa sikit nak popular.. Ada orang kata kat aku.. taj mahal tak di bina dalam masa satu hari.. Bermakna sesuatu yang hebat perlukan masa yang panjang untuk di kenali. Sumber google Macam tu jugak dalam dunia blog.. Tak semestinya kau hebat dalam penulisan baru kau ...