PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK
Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada. Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian. Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik juga...