Posts

Showing posts from January 23, 2011

HARI - HARI MIMPI MAKAN

Minggu ni saja hari - hari mimpi aku berkisahkan makan.. makan nasi dengan ikan bakar, makan macam - macam jenis pulut, semalam mimpi makan laksa. Sampai pelik aku.. Lepas tu mula la ngidam nak makan benda yang dalam mimpi. Hari ni satu hari dok terbayang wajah laksa. Bleh gitu! Nak kata tak cukup makan.. Takde jugak. Cuma selera aku tak berkenan apa yang ada dalam rumah jer.. Yang takde - takde tu la di cari. Bila tak dapat asyik terbayang.. huhuhuhu. Tapi aku jenis penyabar.. Dapat makan, makan la.. Tak dapat pun cuba alihkan tumpuan pada benda lain supaya perkara2 pasal makan tu terlupa jab. Kan menyusahkan pihak lain lak.. kekekekekeke Tapi tetap juga mendambakan laksa saat ni.. Taknak yang masak sendiri lak tu. Nak yang beli. Kalau aku masak confirm la tak makan. Bukan pasal tak sedap.. Tapi tak tau la sejak berbody dua ni.. Jadi camtu la perangainya. Hari ni makan Epal jer.. Ntah semalam rasa tetiba je nak makan epal then beli la kat tesco Mutiara damansara tu.. Rasa nak maka...

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Image
http://www.benashaari.com/2011/01/header-blog-best.html Walau agak lewat tetap gitu nak join segmen BA ni.. Segmen ni berkenaan header blog.. Dongak atau scroll balik keatas & tengok header Melekit tu?? Amacam?? Cool tak??Kekekekekekeke Sapa yang buat header tersebut Sendiri buat.. Nak upah orang takde duit. kekekekeke Perisian yang digunakan  Perisian yang di gunakan cukup simple.. di mulakan dengan meng edit di photoimpression, kemudia di touch up menggunakan picnik.com seterusnya untuk menghasilkan transparent background GIMP di gunakan. Maksud header tersebut Santai sambil menunggu kedatangan pelawat.. Ala - ala penyambut tetamu yang malas berdiri gitu Jangkamasa yang diambil buat header itu Maybe 2 - 3 jam kot.. Normally itulah masa yang di ambil kalau nak buat header Header blog lain yang anda suka tengok   Banyak header yang cantik2 tapi.. kena pilih satu jer la http://shahjiehan.blogspot.com/

BLOG MELEKIT TERPILIH UNTUK DI REVIEW TANPA PERLU BUAT ENTRI KHAS

Selalunya segmen blog review ni mensyaratkan kita buat satu entri.. pastu follow penganjur segmen, letak banner kat sidebar & entri tapi.. Kali ni blog melekit di review tanpa perlu pun buat semua tu. Nak tau macam mana semua ni berlaku?? Apa yang di review pasal blog melekit?? Adakah dia cuba mereview blog paling tercomot di Malaysia atau Blog paling tercomel di Asia?? Kalau korang nak tau sangat macam mana blog melekit yang ala2 di pinggir longkang tersumbat ni boleh terpilih untuk di review tanpa perlu buat entri bagai.. sila terjah DISINI

Pengasas Facebook buta warna

Image
Membuka rahsia mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook, Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang buta warna.  banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna. MARK ZUCKERBERG tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia. Rupanya begitu... Maka sekarang ni tahu la kita kenapa FB berlatar belakangkan biru & putih yang sangat simple. Tak meriah macam Myspace or lain - lain yang boleh tukar layout, background & sebagainya. Bagi yang suka simple, ringkas & ringan macam Sang Lekit ni.. FB memang menepati citarasa la berbanding Myspace dulu.. kadang - kadang layout dorang buat hang juga la nak loading tu. Apapun setiap kekurangan tetap di kurniakan kelebihanan. Begitu Agungnya Ciptaan Maha Esa yang perlu kita renungkan. Jangan mengeluh bila kita kekurangan dari sesuatu sudut lebih - lebih lagi fizikal & rup...

TUAH SI JEJARI RUNCING UNTUNG 1 JUTA, TUAH KITA MAYBE 2 JUTA SAPA TAU

Tuah dia.. Selepas Pasukan Bola Malaysia menang besar, Jejari runcing nampaknya juga turut dapat bonus dalam berblogging ni. Dah rezeki dia kan?? So kita jangan lak down bila kita takde pakwe main bola untuk Malaysia.. kekekekekekeke Rezeki masing - masing tu ada. Tuah tu memang tak semua orang dapat tapi tak bermakna kita bernasib malang. Cuma rezeki kita mungkin kita perlu cari dan menempuh satu perjalanan yang sedikit susah berbanding beliau. Disamping menerima impak besar dari segi keuntungan & populariti kita tak tahu dugaan yang perlu di tempuh seiring dengan apa yang di miliki sekarang entah besar mana. So, setiap kelebihan tu tetap ada kelemahan. Dia perlu berjiwa kental & berhati keras.. Berbanding kita yang tak di kenali ni.. Sapalah sangat nak kritik, kutuk & caci maki selagi sepinggan dua Cik/En Anon tu.. Apalah sangat dugaan dari Cik/En Anon yang datang kat blog di pinggir longkang tersumbat macam kita ni kan?? Berbanding blog dia maybe lagi banyak langau2 An...

LOVE BITE PUNCA LUMPUH

Kesian kan?? Niat hati nak bermanja - manja.. Tapi lain pula jadinya. Cik/En Anon jangan marah yer.. Sang Lekit nak kupas kupis isu ni.. Alkisahnya Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher.  Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya. Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.    So pada couple2 yang suka gigit menggigit ni berhati - hati tau takut pasangan tu kena serangan jantung lak bila pembuluh darah rosak akibat Love Bite. Tapi kejadian ni tak berlaku kat Ma...