Posts

Showing posts from May 7, 2011

HADIAH HARI IBU DARI SEORANG ANAK DERHAKA

Bersempena hari ibu ramai anak - anak yang memikirkan hadiah istimewa untuk menghargai jasa ibu & tanda kasih sayang mereka pada seorang insan yang melahirkan & membesarkan mereka namun berlainan dengan sebuah kisah penuh pilu seorang ibu ni. Hadiah yang di terima seorang ibu ni adalah hadiah airmata yang cukup menyayat hati bila beliau di halau anak tunggalnya dari rumah banglo yang di beli oleh arwah suaminya dan rumah itu di pindahkan hakmilik kepada anak tunggal lelakinya atas dasar kasih sayang, kerana menggunakan duit dari akaun bersama arwah suami untuk perbelanjaan seharian & perubatan. Ibu ni terpaksa menggunakan duit simpanan arwah suaminya kerana sejak arwah meninggal dunia anaknya tidak lagi memperdulikan dia. Akibat dari tu si anak menuduh ibu makan duit haram kerana beliau berpendapat sebagai anak tunggal lelaki beliau mendapat bahagian yang paling banyak. Dua beranak ni sering bertengkar & lebih memburukkan keadaan bila si isteri (menantunya) turut camp...

MANA SATU TANGGUNGJAWAB?

Seseorang telah mengadu.. Gadis : Pakwe aku control sangat la.. itu tak boleh ini tak boleh. Berkawan pun kena dengan sama jantina jer.. Tak boleh lelaki, pondan, pengkid atau apa2 saja spesis yang tak sama jenis. Dalam situasi itu si gadis begitu di jaga oleh sang kekasihnya dengan alasan untuk menjaga keselamatan & kehormatan dirinya. Matlamat & tujuannya memang amat mulia sebab si jejaka begitu sayangkan si gadis tapi pada masa yang sama si jejaka juga mempunyai seorang adik perempuan yang juga dah bergelar seorang gadis. Adik perempuan beliau juga sudah ada kekasih hati. Siang malam bergayut & ber sms. Sekali sekala berdating. Adik perempuan nya juga pada masa yang sama mempunyai kawan di kalangan mereka yang berlawanan jantina tapi tidak pula di kawal dengan ketat pergaulannya cuma memantau sekadar yang nampak agar adik perempuannya selamat & terjaga kehormatannya. Apakah dia kenal semua kawan2 si adik atau betul2 pastikan kekasih si adik itu tidak berniat bur...