Posts

Showing posts from May 16, 2015

MAJLIS KONVO SEPATUTNYA KENA BUAT MACAM PENTAS MAHARAJALAWAK

Image
Memula tak berapa minat isu yang tengah jadi viral pasal sorang budak baru konvo ni.. Punya gigih nak buat live update dari pentas konvo kot, gigih berselfie atas pentas masa majlis konvo sedang berlangsung. Bila dah buat benda pelik dari orang lain maka jadilah viral. Tengok Ohmedia post isu ni aku pun komen la sepatah dua kata. tak panjang mana pun komen aku tapi mendapat perhatian ramai jugak la. Komen aku cuma, Majlis camtu tunjuk la sikit macam profesional... kan golongan terpelajar. tunjuk sikit macam org terpelajar tak payah gigih sgt nak selfie bagai sampai nampak macam tak berapa cerdik. Biasa la.. yang reply komen ada menyokong ada yang tidak. Biasa la dah nama manusia, perbezaan pendapat tu perkara biasa.   Sebab kat komen tu aku ulas pendek je rasa macam tak puas pulak nafsu serakah aku mengupas isu tu. Bagi aku la kan.. Majlis formal macam tu mesti ada etika dia. Nak santai2 sangat macam pentas maharajalawak berselfie bagai masa majlis tengah berlangsung n...

EYELINER PENSIL LEBIH SELAMAT BERBANDING JENIS CECAIR

Image
Aku antara pengemar eyeliner pensil sebab aku memang tak reti nak lukis guna eyeliner jenis cecair atau jenis pensil yang pulas2 tu. Aku guna yang jenis pensil kayu jenama maybeline. Yang kena asah dengan sharpener. Punya la tak up to date kan?  Tapi yang tak up to date ni la paling selamat & paling jimat. Nak tahu sebab apa?   Ni la yang guna tapi ni gambar aku pinjam Google jer Eyeliner jenis pensil kita kena selalu asah bila hujung dia dah tumpul. Bila kita asah, permukaan yang lama tu secara tak langsung kita buang. Dan sebab tu eyeliner jenis pensil ni lebih terselamat dari bakteria. Dengan syarat pengasah eyeliner korang kena bersih jugak la supaya bakteria tak transfer ke eyelines masa korang masa asah tu. Kedua.. Jangka hayat eyeliner jenis pensil adalah lebih panjang. Maksudnya kalau orang jenis jarang2 makeup atau surirumah macam aku pakai masa keluar jer jenis pensil lebih sesuai sebab jarang pakai & lambat nak habis. Kalau yang jenis cecair tu jangka...

KULIT JADI JERAWAT LEPAS PAKAI SET BIO ESSENCE BIO GOLD

Image
Tetiba jer kau ni lekatlekit.. dulu kemain kau canang canang produk bio essence ni bagus2 belaka. Dari muka kau yang seram dah jadi macam puteri gunung gondol cantiknya. Hari2 tak habis kau selfie katanya sebab rasa bangga tengok muka makin cantik. Tup.. tup sekarang kau kata produk ni menyebabkan jerawat pulak. Kau dah kenapa? Kau dah tak mampu nak beli produk bio essence mula kau fitnah2 dia yer... Sumber Google Sabar na.. Kalau muka aku ni.. tempek produk Bio essence takde la tumbuh sekebun jerawat nan berbunga katanya tapi ni ha.. seorang Anonymous katanya terpengaruh dengan promoter jual produk bio essence. Beli la satu set bio essence bio gold. Sebelum pakai set bio gold ni dia kata memang kulit dia dah sedia subur dengan jerawat lepas pakai katanya bagai di baja pulak jerawat. Menjadi jadi jerawatnya. Dia tanya pendapat aku nak teruskan atau tak sebab promoter yang jual tu suruh teruskan katanya tu tindakbalas dia nak merawat jerawat. Kalau aku la.. aku stop.. Yer betul ...