KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR . Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan.. Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya. Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni. Putus asa? Belum lagi.. Selagi bernyawa selagi tu peluang sentiasa ada. Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah. Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? 1. Saya adalah penerima sumbang...