PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni. KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang. Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina. Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah. "Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat. “Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel ...