Posts

Showing posts from March 10, 2014

SEBARKAN BERITA PALSU DAN TAK SAHIH TENTANG MH370, SEKURANG KURANGNYA MELEGAKAN HATI KELUARGA MANGSA

Image
Aku pun seorang blogger kalau tak.. takdenya aku menaip entri ni. Aku pun seorang blogger yang normal blogger lain buat cuba naikkan traffic blog setiap & hari cuba cari pembaca yang ramai & sentiasa cuba untuk memantapkan blog. Bukan sebab nak popular ke hapa.. mungkin berblog di samping memenuhi permintaan minat & hobi ni boleh jugak di jadikan sumber pendapatan sampingan. Seluruh negara mendoakan agar ada keajaiban yang berlaku, Moga semua doa2 kita di makbulkan Allah Tu semua aku tak nafikan... Aku pun blogger biasa kalau aku tak kejar rating & duit iklan masakan aku letak iklan kat blog. Walaupun duit tu bukan sumber pendapatan utama keluarga aku atau bukan kepentingan sangat untuk aku berblog. Tapi tak sampai la isu2 yang melibatkan nyawa & keselamatan orang lain aku nak ambil kesempatan untuk lariskan blog. Even aku bukan manusia yang baik sangat tapi sekurang kurangnya aku ada perikemanusiaan yang tahu untuk kesiankan orang lain jugak. Takde semua is...

MH370 KU JEJAKI MU DENGAN DOA MOGA JADI LALUAN KITA BERTEMU

Image
Dah masuk hari ketiga.. masih tiada sebarang petanda dia akan muncul memperlihatkan dirinya yang ghaib tu. Masih menjadi rahsia Allah.. di mana dia bersembunyi? Bagaimana keadaan dia & isi dalamnya yang berupa nyawa2 insan.. Ya Allah risau hati bukan kepalang. Setiap hari tak kira samada di tv atau di internet aku asyik tunggu jer berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ni. Kat tv mungkin tak nampak manusia2 yang sel2 otak tak habis berhubung menyebarkan info2 tak sahih atau mengeluarkan pendapat yang tak sepatutnya atau mengaitkan kes ni dengan ayat2 al Quran yang mengelirukan berbanding kat alam maya ni. Bila di tegur terus Unfriend.. setakat unfriend apa lah sangat berbanding dengan orang yang bebal tak boleh kena tegur langsung kan. Masih menjadi misteri bila penemuaan yang sepihan yang pada mulanya di katakan milik pesawat MH370 setelah di analisis bukan milik pesawat tu. Hati lega walau terus tertanya tanya.. kemana agaknya dia. Sekurang2 nya kita tahu.. masih bel...