RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN??

RAMAI ORANG DENGKI & INGIN MENJATUHKAN PRODUK TEMPATAN?? Lama tak tulis segmen kupas kupis & kopek lekatlekit ni kan? Nak tulis berkaitan isu isu semasa ni dia kena time otak tengah fresh baru boleh membuahkan pendapat yang bernas katanya. Kalau otak tengah serabut satgi bahasa dia pun jadi kelam kelibut hehehehe. Masa mendraft entri ni hati agak tenang so, bahasa dia juga indah untuk di tatap hehehehe. Sehari dua ni kecoh pasal KKM ambush kedai kosmetik seorang founder produk ni saya namakan dia krimK bukan KimK ok! Malas la nak sebut nama satgi mai pulak satu surat ajak dating kat court pun payah jugak kan? Rasanya ramai pun sedia maklum la produk apa kan. Kesalahan dia memang jelas nyata terang tanpa perlu bersuluh.. Iatu produk tidak berdaftar dengan KKM. Memang founder dia nampak agak kecewa dengan kejadian tu.. Katanya modal produk dia yang kena rampas tu cecah ribuan ringgit juga. Ribuan ringgit tu banyak juga. Produk tu katanya dia ambil di luar negara ya...