Posts

Showing posts from March 15, 2014

PC HARI KE 8, ADA SESEORANG MENGUBAH HALUAN PESAWAT MH370

Image
Biarpun masih belum ada kepastian.. Tapi pc yang diadakan tadi sedikit bagi kelegaan pada kita yang menanti penuh debaran. Biarpun masih hanya kemungkinan yang dikatakan pesawat Mh370 di rampas.. Sekurang kurang nya kita tahu masih ada harapan kita menemui semua mangsa2 dalam keadaan selamat. Dari pelbagai sumber di FB Moga petunjuk Allah yang kali ini memberi petanda gembira buat kita semua terutama ahli keluarga mangsa. Terus berdoa & jangan berhenti berharap. Semoga jutaan doa2 kita Allah makbulkan.. Ya Allah semoga kau lindungi mereka semua sehingga mereka di selamatkan sekiranya Mh370 benar2 di tawan & di sembunyikan di satu lokasi rahsia. Hanya kepada Mu kami memohon perlindungan & kasih sayang. Moga kau permudahkanlah segala urusan mencari & menyelamat semua mangsa MH370 P/S : Jangan berbangga jika spekulasi yang korang sebar tu kebetulan sama buat korang semakin yakin nak menyebarkan spekulasi.. Ingat korang hanya baca spekulasi & sebarkan....

MH370, HARI KELAPAN YANG MENDEBARKAN

Image
Dihari kelapan ni aku macam dah hilang kata2 nak mencoret tentang misteri kehilangan pesawat MH370 sejak sabtu lalu. Sabtu bertemu sabtu.. namun usaha menjejaki masih buntu. Tanpa ada sebarang pentunjuk yang membantu. Sungguh misteri Tuhan yang satu ni sukar kita rungkaikan. Yang aku lihat.. Manusia semasa manusia semakin berbalah. Sebab..masing2 ada pendirian, pendapat & andaian yang bercanggah sesama sendiri. Yang pasti apa juga spekulasi & andaian yang ada cuma sebuah kenyataan kehilangan.. Kita kena hadap spekulasi kekal spekulasi.. Mereka disana masih tak pasti hidup atau mati. Pada mereka yang terus menerus mereka spekulasi & berita2 palsu atau menyebarkan.. kasihanilah keluarga mangsa. Kenyataan ahli keluarga yang masih hilang tak tahu hidup & mati tu pun dah cukup memeritkan apatah lagi membaca, melihat atau mendengar khabar2 palsu yang menakutkan sudah pasti menambah derita di hati mereka. Nak2 lagi ada yang berani sebarkan rakaman suara konon reaksi ...