Posts

Showing posts from August 15, 2015

5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU

Image
5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU . Nak jadi usahawan yang berjaya ni perlu jugak ada ilmu walau takde sijil tinggi di puncak menara gading katanya.. Ilmu tak semestinya dapat dari menara gading je kadang2 atas menara berkembar KLCC pun boleh dapat ilmu, so carilah ilmu hingga ke lubang cacing sekalipun. Nak jadi peniaga ni tak kira online atau Offline pun tetap kena tahu 5 perkara ni untuk memastikan perniagaan anda berkembang seiring perkembangan badan korang. Erkk.. kalau orang jenis badan tak berkembang camna? Ok.. pastikan berkembang seiring usia yang sapapun tak boleh elak dari bertambah angka. hehehehe Menurut satu artikel ni kalau nak jadi usahawan yang berjaya mesti jadi seperti orang gila?? Mak Aii... Takkan sampai nak jadi gila? Sabaq no... Gila yang macam mana tu yang penting korang tahu. Gila yang di maksudkan adalah .. terpaksa bekerja seperti seorang hamba dengan pendapatan yang sedikit pada awal anda memulakan perniagaan. Ingat gila macam mana la tadi kan.. itulah ...

PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL

Image
PADAH UPLOAD GAMBAR SURAT BERANAK BAYI DI LAMAN SOSIAL . Orang sekarang ni dapat anak jer bukan takat gambar anak sampai surat beranak pun dia nak upload tunjuk kat orang. Gamaknya kalau dah register nama wajib kena tunjuk bukti surat beranak kot. Seolah2 kalau tak tunjuk nanti kena saman.. Alah setakat upload gambar & bagitau nama pun rasanya dah cukup. Yang gigih nak upload surat beranak tu tak tau nak menunjuk apa. Menunjuk anak dia dah ada surat beranak ke? Macam la anak orang lain takde surat beranak.. Sumber Google. Sekadar hiasan Bukan la dengki tapi zaman media sosial sekarang ni benda yang kita rasa macam tak ada apa2 sangat tu la boleh jadi perkara yang di luar jangkaan kita. Alah tunjuk surat beranak je kot... Yelah, sebab belum berlaku apa2 perkara yang mengaibkan memang la benda tu kita anggap tak memudaratkan. Baru2 ni viral surat beranak sorang baby yang kononnya bernama sabrina kekasih lama.. Aku mula2 tengok pun logik akal aku fikir. Ni mesti editing. Tak ku...

AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS

Image
AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS . pagi pagi lagi dah baca status sifu Hasrul Hassan pasal NENAS. Bagi kita nenas.. biasa jer buah buahan tempatan yang kalau silap kupas kulit boleh bergaru lidah lepas makan. Sebab tu aku tak suka makan nenas.. Aku macam jadi seriau nak makan nenas terbayang lidah gatal gatal.. Sama macam sayur batang keladi. Rasa nyilu bila terbayang kegatalan tu. hahahaha Sumber Google Tapi apa yang bahaya sangat Nenas di Google ni?? Kalau korang Google dengan ejaan NANAS maybe takde bahaya sangat tapi kalau dengan ejaan NENAS.. risau pulak kalau anak anak kita yang google nak cari gambar buah tu kan? Bunyi macam sama jer NENAS & NANAS tapi ketahuilah kalau anda google NANAS dia akan keluar gambar buah nanas tapi kalau NENAS yang keluar buah lain pulak... Bukan kategori buah buahan tempatan dah... Nak tau try Google So, perlu kita tahu & memberitahu anak anak kita ejaan buah NANAS adalah N.A.N.A.S bukan N.E.N.A.S. Moral of the story.. penti...

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT

Image
JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT . Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam. Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik sug...