WAJAR KE INSENTIF UNTUK MEREKA BERPOLIGAMI?

Dah dua hari (semalam & hari ni) Sang Lekit baca artikel berkenaan insentif untuk suami yang berpoligami yang di usulkan oleh kerajaan negeri kelantan. Hari ni keluar lagi satu artikel berkenaan perkara tersebut tapi mencadangkan insentif di berikan pada isteri yang di madukan. Menurut laporan dalam akhbar insentif yang di berikan bukan untuk menggalakkan para suami berpoligami tapi untuk galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan. Tapi rasanya berapa kerat sangat yang berani tampil untuk mengaku yang dorang dah madukan isteri dorang semata - mata nak dapat insentif. Kebanyakkan yang memadukan isteri dorang secara senyap - senyap ni sebab takut nak isteri mengamuk bila tahu atau isteri pertama tak izinkan. Kalau pasal duit la dorang sembunyikan takde la Bong Mokhtar & Zizie kena denda sebab berkahwin tanpa kebenaran isteri pertama. Macam Bong tu dah lebih dari mampu dari segi kewangan.kan?? Contoh lelaki/suami yang benar - benar layak berpoligami. Tak ...