Posts

Showing posts from November 17, 2016

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP

Image
RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP . Kalau orang kedah memang panggil Moi.. Tapi biasanya orang kenal sebagai bubur nasi atau nasi air di sesetengah tempat terutama di kawasan pantai timur. Macam macam cara orang makan moi atau bubur nasi ni. Ada berlauk.. ada yang makan kosong cuma di tambah gula atau kicap & ada di makan bersama sup. Hari ni den terr... masak moi @ bubur sup ni. Alkisahnya nasi semalam tak habis.. Nak buat nasi goreng pun nafsu serakah tak menjurus ke arah tu maka nak di buang sayang marilah kita merebus nasi tersebut menjad bubur. Ni bukan kisah nasi dah jadi bubur ok tapi kisahnya membuburkan nasi yang tak habis makan. hehehehe.. Bila dah masak bubur tu rasa macam selalu sangat dah makan bubur ayam.. Tapi masih boleh di makan bersama ayam kegemaran laki ku itu. Maka terhasilah Moi Sup. Nak buat Moi Sup ni takde la susah sangat sampai perlu pergi bertapa kat gunung ganang bagai semata mata nak belajar masak.. mudah je. Bertapa kat blog lekatlekit n...

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

Image
TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH . Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia... Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yan...