Posts

Showing posts from October 5, 2015

TAHNIAH EZAD LAZIM @ EZAD EXIST DAPAT ANAK KEDUA

Image
TAHNIAH EZAD LAZIM @ EZAD EXIST DAPAT ANAK KEDUA . Aku memang follow ezad lazim yang dulu orang kenal sebagai ezad exist sebab dia kan bekas vokalis kumpulan exist selepas mamat. Sekarang ni dia bergerak secara solo. Lagu yang tengah popular sekarang lagu hati mati yang menjadi lagu tema untuk drama TV3 Wadi. Kalau korang follow drama tu rasanya pernah dengar lagu terbaru ezad lazim ni. Pernah jugak keluar melodi pasal isu bini dia yang mengidap sejenis ketumbuhan dalam perut ke hapa semasa mengandung anak kedua. So, risau jugak la sebab bini dia tetap nak meneruskan kandungan kedua tu. Risiko tu ada tapi Allah lebih tahu segalanya. Alhamdulillah tengok update terkini ezad katanya isteri beliau selamat melahirkan anak kedua mereka. Lelaki pulak kali ni. Yang sulung perempuan. Dah sepasang anak penyanyi Ezad Lazim Apapun tahniah kepada Ezad & isteri walau bini dia pernah block aku sebab aku kutuk syasya solero. Hahaha.. takpe la small matter je. Yang retis laki dia bukan d...

AWAS BLOGGER! SILA TUKAR BLOGLIST ANDA SEKARANG

Image
AWAS BLOGGER! SILA TUKAR BLOGLIST ANDA SEKARANG . Tu dia Amaran keras dari kerajaan blogger katanya untuk menyeru kepada semua rakyat agar tukar bloglist anda sekarang. Dah kenapa pulak nak kena tukar. Ada virus malware menyerang ker? Confirm ramai dah panik sekarang termasuk la aku pun panik jugak ni. Hahahahaha Kenapa anda kena tukar bloglist. Tapi bukan semua link bloglist yer... Hanya yang letak link http://lekatlekitgurl.blogspot.com je perlu tukar kepada www.lekatlekit.com . Yer.. betul nak habaq kat hangpa aku dah beli domain. Dah ber dot com katanya. Almaklum la setelah sekian lama baru sekarang dapat hidayah nak ber dot com. Dulu tu bukan apa aku tak dapat permission lagi. Bukan senang nak yakinkan boipren yang tak paham pasal blog ni. Even guna duit sendiri hasil dari blog pun keizinan boipren halal tu penting untuk mendapat restu setiap perkara yang kita buat. Jadi sekarang dia dah nampak blog dah banyak buat bini dia dapat side income so dia dah tak kisah. Apa yang ...

TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS

Image
TERBONGKAR! INI PERLU ANDA TAHU TENTANG DIGI WWWOW AWARDS . Digi WWWow Awards kini kembali. Yang mana rasa blog hangpa best sangat sila calonkan diri yer. Setakat dok perasan sorang2 je tak guna jugak, buktikan dengan mempertandingkan blog anda di Anugerah tersebar setiap tahun Digi WWWow Awards. Macam aku ni bukan taknak join bertanding tapi aku kan suka low profile. Satgi kalau calonkan diri kena join event tu aku tak mau la semua orang lari bila nampak muka puaka aku kat situ. hahahaha... Alasan sangat tau! Hari ni blog puaka lekat lekit kembali berpuaka setelah kembali ke pangkal jalan puaka dengan header seram. header sweet like kencing manis sebelum ni rasa macam tak berapa taste pulak aku tengok. Rasa bukan identiti blog lekat lekit. Kena puaka2 sikit baru orang tak rasa blog aku kena hack hahahaha... Bila dah berpuaka ni mula la ada entri hot & spicy.. kontroversi & sensasi. Rasanya ramai makhluk alam maya tahu kewujudan majlis Anugerah yang bernama Digi WWWow Aw...

GAMBAR ANAK ERIN MALIK

Image
GAMBAR ANAK ERIN MALIK . tahniah & takziah buat pelakon comel Erin Malik yang selamat melahirkan anak 2 hari lepas kalau tak silap. Anak yang di sahkan kembar semasa kandungan tapi salah seorang daripadanya tidak berjaya melihat dunia setelah meninggal dunia dalam kandungan semasa berusia 16 minggu, Hanya seorang saja berjaya membesar & di lahirkan sebagai bayi lelaki yang comel lagi suci murni yang bernama Mohamed Faliq. Sebab ternampak gambar anak dia kat satu blog gosip retis... Alahai anakanda kau sangat la comel. Muka ala2 bapak dia jer. Bagus retis2 sekarang memang depa kahwin takde nak planning setahun dua nak ada anak. Semua jenis kahwin jer tak kisah kalau dapat rezeki anak awal walau dalam usia yang muda macam erin malik ni baru 21 tahun kalau tak silap. Dulu tengok dia berlakon filem tentang bulan alahai.. kanak kanak rebina lagi tup.. tup.. dah beranak. Macam sekejab je rasa masa tu berlalu. Tanpa sedar aku pun dah semakin tua. hahahaha Tanpa membebel beb...