KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA

KISAH TANGGA BERHANTU DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SUBANG JAYA & 13 KISAH SERAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA . lama jugak segmen seram serik lekatlekit ni bercuti kan. Tapi aura seram kat blog ni masih lagi berfungsi. Masih lagi menjadi rujukan pemburu2 cerita seram. Buktinya setiap hari keywords pasal cerita seram ni mesti ada & menjadi salah satu carian tertinggi kat blog lekat lekit ni. Almaklum la... blog ni kan banyak koleksi cerita seram katanya. Selepas bercuti panjang jugak cerita seram kat blog lekatlekit malam ni den nak share dengan hangpa semua 13 cerita seram. Salah satu kisah dari 13 kisah seram yang di kongsikan adalah kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di subang jaya. Kisah di sebuah sekolah di subang jaya pulak di katakan ada kaitan dengan kes bunuh diri seorang pelajar kat situ. Katanya ada sebuah tangki air yang sekarang di kunci selepas seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya dalam tangki tu. Selepas kejadian...