Posts

Showing posts from January 6, 2016

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH

Image
PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH . Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu. Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang << Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand ...

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI

Image
NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI . Satu ketika dulu... Selalu kita dengar berita perempuan tempatan terutama melayu yang lari dengan lelaki dari lombok Indonesia ni. katanya ada budaya kat lombok kalau nak nampak hero kena bawak lari perempuan dari luar ke lombok. Tapi malangnya kebanyakkan wanita2 yang terpedaya dengan cinta jejaka lombok akhirnya menyesal bila berada kat sana mereka terpaksa hidup susah yang tak terbayang. Ada yang nasib malang lagi jadi hamba keluarga mertua. Nak balik susah, duit takde. Dah tu masa lari pun memang tak pasport ke hapa ke sana.. Terpaksa UmppNo bertindak memberi pertolongan cemas kepada mangsa2 yang terpedaya dengan cinta lelaki lombok ni. Sekadar Hiasan Dah nama pun lari tanpa sah.. Naik tongkang je la mampu. Tapi kalau ada yang nak lari secara sah dengan lelaki lombok bulan ni tak payah ambil risiko naik tongkang tu. Kang tongkang terbalik tonggang langgang jadinya. Naik je flight tambang murah Air Asia. Katanya tik...

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

Image
FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA . Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la. Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena puj...

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

Image
BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA . Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan? Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards...