MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS

MENGIDAM MASA HAMIL CUMA MITOS . Aku seorang perempuan yang pernah mengandungkan anak.. Anak manusia bukan anak cacing yer.. Kalau setakat anak cacing dari sebelum akil baligh lagi aku dah berjaya kandung & lahirkan dengan jayanya tanpa bantuan bidan kampung mahupun bidan terlatih hospital gomen.. Tu tak heran la.. Tak perlu ada persenyawaan.. aku boleh hamil anak cacing sorang2 jer. hahahaha... Sumber Google Bila Cakap pasal mengandung @ hamil ni auto ada kaitan dengan aktiviti mengidam. Topik ni mungkin ada ibu2 yang sedang hamil atau pernah hamil mesti marah atau tak setuju bila cakap mengidam tu cuma satu mitos. Tapi untuk pengalaman aku sendiri la memang aku setuju mengidam tu cuma satu mitos. Aku pun pernah ada rasa keinginan nak makan tu ni masa mengandung tapi jenis aku jarang nak layan perasaan sangat tak kira tengah mengandung ke tak mengandung ke. Aku layan diri aku kebanyakkan sama je macam tak mengandung. Keinginan tu kadang2 ada yang dapat & ada tak dapat a...