Posts

Showing posts from March 11, 2014

GAMBAR PENUMPANG PESAWAT MH370 YANG GUNA PASPORT PALSU

Image
Semoga 2 pemilik pasport palsu ni bukan ada kaitan dengan pengganas. Dan sekiranya mereka ini terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 moga Allah melembutkan hati mereka untuk melepaskan semua penumpang & anak kapal dengan selamat. Dan sekiranya bukan mereka penyebab kehilangan MH370.. Doakan Allah memberi petunjuk dimana MH370 kini berada. Ya Allah sungguh berat menanti sesuatu yang tak pasti. SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu merupakan lelaki warga Iran berusia 19 tahun. Katanya, pihak berkuasa masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan. Sumber Sinar Harian Terus berdoa moga Allah memberi petunjuk dimana MH370 berada & menjawab segala persoalan kita apa yang berlaku sebenarnya.

KEHILANGAN MH370 MASIH MENJADI MISTERI YANG TAK TERUNGKAI DENGAN TEKNOLOGI MANUSIA

Image
Sejak kehilangan secara misteri pesawat MH370 yang tiba2 ghaib di udara aku memang banyak membaca berita, spekulasi, pendapat2 orang yang berpengalaman mengendalikan pesawat & semua artikel berkenaan. Dari pagi hingga tengah malam.. Aku tak jemu untuk baca atau ikuti apa saja perkembangan tentang MH370. Sebelum ni kita terlalu di dedahkan dengan teori sains tentang kehilangan MH370.. sehingga menolak akan kemungkinan yang berlaku mungkin di luar batas akal seorang manusia. Bila mendengar pendapat & teori bekas ketua kapal Kapten Noruddin Abd Majid, katanya sebagai yang beriman kita kena percaya pada ketentuanNya. Sebab pesawat hilang secara tiba2 bukan kali pertama berlaku. Sumber Sinar harian Mungkin ada kebenaran kata2 kapten tu yang berpengalaman mengendalikan pesawat tu.. Secara logik untuk kita fikir, bagaimana pesawat tu boleh hilang sekelip mata tanpa ada amaran kecemasan sekiranya berlaku apa2 yang tidak di ingini di atas pesawat. Ghaib dengan sekelip mata! It...