Posts

Showing posts from May 31, 2014

DAH JUMPA BANGKAI (MAYAT) SUSPEK BUNUH BUDAK 2 TAHUN 6 BULAN TU

Image
Aku sebenarnya tak berapa sampai hati nak panggil mayat boleh tak aku panggil sebagai bangkai pembunuh kanak2 malang yang berusia 2 tahun 6 bulan tu? Ada sapa2 nak cerca caci maki aku ke? Aku rela kena maki tapi hati aku sakit sangat dengan perbuatan dia walau budak tu bukan anak aku. Aku sebenarnya tak puas hati sebab dia mati.. Aku kalau boleh nak orang tangkap & siksa dia hidup2 sebab perbuatan dia tu terlalu kejam. Untuk apa di bunuh budak sekecil tu? Apa saja motif dia membunuh tetap aku tak boleh terima malah sapa2 saja takkan boleh terima perbuatan kejam dia. Moga kau siksa sebelum kau mati seperti mana kau siksa kanak kanak tak berdosa itu sebelum dia meninggal dunia. Semoga tiada lagi Iblis berwajah manusia selepas ni.. Biar cuma harapan moga doa ini menjadi doa yang termakbul. Semoga Allah melindungi anak2 kita dari kejahatan manusia jin & syaitan. Semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka. Imbau kes pembunuh kejam kanak2 2 tahun 6 bulan ...

TAK SEMUA PRODUK ORANG MELAYU ISLAM TU BERSIH DAN HALAL

Image
Kita manusia ni kadang2 nak judge sesuatu suka sangat ada unsur2 racist. Yang non muslim punya produk semua di ragui kehalalan & kebersihan. Semua produk keluaran orang melayu beragama Islam macam confirm 100% halal & terjamin kebersihan semasa penghasilan produk tu. Ye ke? Tiada keraguan langsung produk hasil tangan orang melayu Islam ni?? Sumber gambar google. Sekadar hiasan Kita cakap soal bersih dulu.. Selama korang dok makan kat gerai, restoran, cafe bagai milik orang melayu Islam ni korang langsung tak pernah alami atau dengar dari cerita orang lain.. makan jumpa serangga macam lipas, cicak, semut bagai tu? Asal masuk premis atau gerai atau restoran orang melayu jer lantai boleh cermin muka? Kat dapur macam dapur Istana. Lip lip lap anak mami... Banyak kot premis perniagaan orang melayu Islam ni tak jaga kebersihan. Dari pengalaman aku sendiri pun.. pernah jumpa tengok restoran2 yang depan je cantik tapi bahagian belakang & dapur tikus2 berlari2 di bawah kaki....