CASHOUT PENDING, 8SHARE TERUS DIAMKAN DIRI
Aku rasa bukan aku sorang kot hadapi masalah ni. Mungkin ada lagi yang jugak hadapi masalah yang sama dengan 8share sejak dia bertukar wajah baru ni. Pembedahan plastik tak berjaya ke hapa tak tau la kan.. tetiba dia senyap sunyi terus sepi yang ada website 8share yang terus berupdate iklan untuk di share tapi bila di mesej kat talk to us haram tak reply. Aku sebenarnya sendiri pun tak tahu apa masalah 8share.. cashout untuk isnin minggu terakhir bulan ni aku dah buat sebelum 22hb lagi. Sepatutnya dah masuk duit tu dalam account aku tapi malangnya sampai sekarang status masih pending.. 3 kali hantar mesej kat 8share.. tiga2 takde jawapan. Aku check email pun hanya ada email2 iklan je dari 8share, pertanyaan aku still takde reply. Apakehelnye??? mesej2 aku pada 8share. Agaknya kemana Yuna tidak seramah dulu lagi?? kekekeke At least 8share tolongla yer cuba jawab keraguan 8sharer ni. Ke semua kakitangan 8share dah resign secara berjemaah ke tak tau la sampai takde sorang pun...