Posts

Showing posts from June 29, 2011

UJANG & YANA BERTANDANG DALAM MIMPI

Image
Semalam kurang tidur.. Lepas tu bangun awal sebab en hubby nak ke melaka. Siang memang susah sikit sang lekit nak tidur tapi dalam pukul 9++ malam sang lekit terlelap depan pc. Kalau dah online pasti la depan blog & FB jer.. Mungkin sebab tu menjana mimpi pada pasangan blogger suami isteri ni. Boleh pula mimpi Ujang & Yana. Nak kata asyik rindukan dorang tak juga tapi selalu jugak la baca coretan & bebelan sepasang blogger ni. Dalam mimpi tu Si Ujang & Yana temankan Sang Lekit masa en hubby takde. Baik & caring pula si Ujang & yana tu dalam mimpi sang lekit. Ni la pasangan blogger suami isteri yang bertandang dalam mimpi sang lekit tadi (Gambar di culik dari FB Ujang) Bangun je rasa pelik.. Kenapa tiba - tiba pula mimpi si Ujang & Yana ni? Nak kata hanya blog dorang jer sang lekit baca hari ni tak jugak. Kalau Mimpi Nyah Zulfikar tu tak pelik jugak la sebab sang lekit memang selalu berinteraksi & berkutuk senda dengan dia samada di blog atau ...

RAMAI YANG TILIK,TENUNG & TEKA CAKAP LELAKI

Image
Ramai ahli2 nujum pak/mak belalang sedang meneka.. Lelaki ke perempuan? Tapi ramai yang kata lelaki. Sampai naluri sang lekit pun rasa lelaki... Tapi sang lekit was was juga dengan naluri sendiri sebabnya sang lekit memang la nak sangat lelaki. Yelah.. selama ni membesar dengan adik beradik yang kesemuanya perempuan. 6 beradik perempuan. Jadi.. berharap juga yang bakal mendaftar ahli baru pertama ni lelaki. Apa yang lelaki & perempuan ni sang lekit Ooi?? Alahai.. anak dalam perut ni la. Dari awal usia dia 4 bulan dalam perut sang lekit rasa lelaki melalui gerak hati seorang ibu & tahap keaktifan si baby dalam perut. Tapi En hubby pula kalau di beri pilihan nak baby girl sebab dia pula membesar dengan adik beradik lelaki. Korang nak join teka teki ni ker? Meh join meneka sekali berdasarkan gambar boyot sang lekit yang berusia 7 bulan ni. 7 bulan Apapun jantina anak sulung sang lekit ni.. Sang Lekit terima dengan hati yang terbuka & gembira. Yang penting permata hati...

FUNGSI & CARA NAK DAPAT PAGERANK YANG TINGGI

Image
Sang Lekit sebenarnya baru berkenalan dengan Pagerank ni. Sebelum ni tak tau apa fungsi pagerank tapi bila ada blogger tulis pasal benda ni teruja jugak nak tahu. Keterujaan pertama adalah nak tau pagerank blog melekit ni kat tangga ke berapa. Lepas dah tahu rasa nak kongsi jugak dengan yang lain. Salah ke idak?? takkan?? Ok.. dah tau. Pagerank  sang lekit takde la hebat. Masih di tahap low & Avarage iatu 2/10. Kat mana korang boleh check PageRank blog korang? Kat SINI yer. Ni pagerank tepian longkang di blog melekit Dari Hasil pembacaan sang lekit tahu la sikit - sikit apa fungsi Pagerank & bagaimana ia di ukur & dinilai. pada asasnya PageRank didapati dalam bentuk undian dan undian itu diberi dalam bentuk backlink ke page tersebut. Backlink datang dalam pelbagai kualiti. Backlink dari sumber yang tidak berkualiti tidak akan membantu dalam meningkatkan PageRank. Backlink dari page yang mempunyai PageRank tinggi akan membantu meningkatkan PageRank kerana ...

LAYAR BAHTERA SAMAKAN AZAN DENGAN ANJING MENYALAK

Kumpulan ajaran sesat Layar Bahtera bukan saja menyamakan azan sebagai anjing menyalak bukit malah ajaran sesat ni juga mengamalkan zakat daripada pendapatan setiap bulan yang di bayar kepada ketua mereka yang di gelar Nakhoda. Bukan tu je.. Malah isteri para pengikut juga di sentuh, di gomol atau di lakukan sesuka hati oleh Nakhoda. Suami mereka cuma memainkan peranan sebagai penjaga jer. Bukan setakat isteri, anak gadis dorang pun turut jadi mangsa. Ajaran sesat ni juga menganggap Merokok itu seperti solat dan nikah adalah haram. Memang sesat gila ajaran ni. Ada jugak orang bodoh terpengaruh & jadi pengikut yer.. Sejahil - jahil sang lekit dalam bab agama pun bila baca artikel ni kat akhbar & amalan yang di amalkan mereka pun boleh menilai. Mesti pengasas & pemimpin ajaran ni bukan takat tanam tebu tepi bibir malah guna madu sebagai lipgloss kot sampai apa yang di cakap boleh buat orang lain percaya & terpengaruh. Ni la padahnya kalau mengambil keputusan untuk m...