Posts

Showing posts from January 9, 2011

MELAWAT MANGSA JALAN BERLOPAK

Image
Pagi adik nombor empat bertukar shift dengan makcik yang temankan mangsa kemalangan sejak semalam. Tengahari kakak No. 2 pula punya shift & petang dengan rombongan Cik Kiah yang turut serta dalam lawatan mangsa kemalangan bersama aku ke hospital. Rombongan Cik Kiah tu cuma datang selepas 5.30.. aku amik alih jaga dia pukul 4. petang. Sambil layan cerita - cerita dia yang tak hanya menyentuh tentang kemalangan tu. Menurut cerita mangsa kejadian.. Dia terlanggar lubang besar kat jalan & terjatuh sempat merangkak di tepi jalan bagi elak dari di langgar kenderaan lain. Mujur tak banyak kenderaan time tu. Akibat dari langgar jalan berlopak tu adik bongsu aku mendapat jahitan di bibir bawah, patah 2 batang gigi & kehilangan isi di bahagian atas tapak kaki menampakkan tulang & urat & tak boleh di jahit untuk menyambung luka sebab takde isi. luka di lutut siku dan calar2 kat perut. Still tak boleh berjalan & makan makanan pepejal.. terpaksa di tolak guna kerusi roda ...

BLOGGER SENSASI KENA PUKUL

Image
Sapalah blogger sensasi tu ye?? Apsal dia kena pukul?? Kat Mana orang pukul dia?? Meh kupas kupis.. Sapa tak kenal dengan blogger Aduka Taruna yang pernah menghina Institusi kesultanan johor, kan?? Pernah menjadi berita hot tak lama dulu. Dia yang berniat nak interview Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kepung & di pukul dihadapan masjid kerana dikatakan menghalang pemimpin Pas itu yang mahu menghadiri satu majlis selepas menegur beliau. Kenapa la dia nak interview pemimpin pas tu?? Nak cipta kontroversi apa lagi? Tak pula di nyatakan. Rujukan (kosmo) : Blogger dakwa dipukul depan masjid

PENYANYI ELYANA SUDAH MENGANDUNG

Penyanyi pujaan en hubby masa sekolah dah mengandung 4 minggu mengikut kenyataan yang aku dapat dari blog media malaya. Katanya Elyana mengesahkannya di laman Facebook nya dengan status "Baru empat minggu". Aduhai murah rezeki dia baru je kawen November lepas dah di sahkan mengandung. Yang kita ni.. Tak kunjung tiba lagi. Takde rezeki lagi nak buek camno, kan?? Apapun tahniah pada elyana. Hope baby tu membesar bagai juara & secomel mak bapaknya.

KUASA BLOGWALKING

Totally effect (bukan total effect ye).. bila takde BW. Almaklum la aku takde lagi 5 ciri blogger popular yang pernah aku senarai tu. Bukan taknak BW tapi dok setting screen monitor pc kat kampung ni pastu berukban ni ala2 malas sikit kat kampung baru sekarang nampak kerajinan dia. Dah macam technician lak aku. Asal depan pc je kena setting Tapi depan laptop awal - awal lagi angkat spender putih. Almaklum la sempat belajar pasal pc jer.. Aku pun kalau kat umah lebih suka guna pc.. sebab aku familiar dengan keyboard pc.. Jauh dari umah jer, pinjam laptop hubby. Berbalik pada isu BW ni.. Bila takde BW maka takde juga visitor.. Macam hari raya lak. Kau bertandang umah aku, jabgi aku sampai dengan kuih muih umah kau, kan?? Kalau ada kelapangan.. Dah pasti Lekit BW even yang tinggal jejak ka shoutbox sekalipun. Bukan setakat BW tinggal mesej singgah, datang bagai.. siap aku baca entri & komen. Komen tu bergantung jugak la.. Kdg2 silent reader je sebab takde benda nak komen. Entri pun ...

SI JEJARI RUNCING AMBIL KESEMPATAN LAGI

 Entri Melekit (Sticky Post Le Tu!!) Wah Lekit ko tak abis ambil kesempatan ke atas orang lain, kan?? Mentang - mentang la Jejari runcing tu tengah hot pasal boyfriend dia Goal Keeper Pasukan Bola Malaysia.. Ko pun nak propa lebih2 yer.. Iskk.. Tak baik tau pitnah lekit camtu sekali. Takde la puaka sangat jari melekit ni tau. Kalau Tajuk tak kontroversi korang lak tak nak clik nanti. Ni lekit nak share dengan korang Cik Elia jejari runcing adakan satu GA kombinasi adik beradik gitu. Kalau korang rasa minat nak join sila clik : Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

SUDAH SELAMAT SAMPAI

Bersiaran live dari kampung halaman. gerak lebih kurang pukul 9 tadi then sampai pukul 1. 4 jam perjalanan.. Dari KL ke Kulim. Alhamdulillah selamat sampai Takde apa yang menarik sepanjang perjalanan.. Cuma kat tengah highway tadi tetiba sekuntum daun jatuh tengah2 jalan lengang, lepas tu menikmati permandangan pemandu yang tak beretika meluncur laju macam roket masa keluar simpang & memasang lampu tinggi sehingga pinau biji mata aku & last anak anjing lintas jalan tapi pemanduan berhemah adik aku.. Maka kita tidak menikmati sangat kejutan dari brek. Sampai rumah cuma ada mak & kakak no. 2 bersama kucing - kucing aku nan meriah ni. Mangsa kemalangan belum lagi di temui.. Dah tengah malam waktu lawatan tengah malam belum wujud di hospital so esok pagi je membawa diri kesana. Hubby tak ikut sebab ada tugas yang perlu di selesaikan. Suasana malam di kampung amat berbeza sebab kat sini lebih banyak nyamuk berbanding biasa. Acara tampar menampar pun bermula. Nak bw malam ni ...