Posts

Showing posts from June 16, 2011

AKU, HAIWAN & SAAT KEMATIAN

Image
Semalam dok borak - borak dengan Nyah Zulfikar pasal haiwan kesayangan walau topik mula - mula dia lain tapi bila dah lama borak terkeluar macam - macam cerita la. Akibat dari pengeluaran cerita yang terkeluar topik tu hari ni sang lekit nak kongsi kisah haiwan - haiwan yang pernah menjadi kesayangan sang lekit dari awal perkenalan kami hingga ke nafas yang terakhir. Idea ni pun cadangan dari Nyah Zulfikar jugak. Sang Lekit ni boleh di kategorikan pencinta haiwan juga.. Tidak tertakluk kepada spesis bulu - bulu seperti kucing & hamster saja. Walaupun membesar dengan makhluk bulu - bulu bernama kucing tapi naluri sukakan haiwan ni tak kira apa jenis haiwan pun. Antara yang pernah menjadi kesayangang sang lekit selain kucing, anak lembu & anak ayam katik.(Tu tak termasuk haiwan tanpa izin macam cicak dinding yang memang suka sangat sang lekit tangkap & main) Kisah pasal anak lembu bernama cik putih. Anak lembu ni makcik punya. Bela dekat rumah. Masa tu memang sang leki...

MACAM MANA BE BOLEH MELEKAT KAT SINI?

Image
Lama betul dia tak muncul.. Tiba - tiba semalam (bukan malam tapi dah pagi) dalam pukul 2++ - 3 pagi saja - saja la check earning kat nuffnang dengan jumlah baru ringgit2 Malaysia selepas cashout hasil tabungan yang lepas tu ada pula 1 BE melekat. Ingat dah pupus BE untuk blog melekat lekit ni.. Sebab lama sangat tunggu. Macam mana dia boleh tiba - tiba melekat kalau di tanya pada pihak nuffnang mesti jawapan dia pilihan pihak advertiser. Jawapan standard la tu, kan?? Apapun Sang Lekit berterima kasih juga la pada pihak nuffnang & advertiser yang memilih blog melekit untuk sertai kempen ni. Harap ada lagi la advertiser yang berminat dengan Blog melekit ni untuk hadiahkan seberapa banyak BE pada sang lekit. Rindu saat Blog melekit meriah dengan BE macam dulu. Wah! Sang Lekit blogger mata duitan. Ni di kira sampingan la. Walau BE lama tak melekat pun blog ni sentiasa juga ber update tanpa ada rasa malas atau putus asa. Berbalik kepada tujuan asal berblog. Sang Lekit berblog b...

KEJAM !JEMUR ANJING KAT AMPAIAN

Image
Dengan alasan bosan si manusia ni tanpa sedar dah melakukan kekejaman terhadap haiwan. Sudah la di jemur anjing kat ampai macam pakaian.. di kepit pula anjing tu dengan penyepit baju. Cuba sepit kat badan dia macam dia sepit anjing tu, sakit tak?? Abis anjing tu tak sakit ker kau buat macam tu. Seorang pemuda, bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian kemudian merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut dan menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook.pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka. Tak tahu hati manusia jenis ni macam mana. Kalau takde rasa kasih & kasihan pada haiwan buat apa bela semata mata nak siksa makhluk tu. Kalaupun nak bergurau berpada pada la. Dah nama makhluk hidup & bernyawa ni mesti la ada rasa sakit. Rujukan : Kosmo

KEDUDUKKAN BLOGGER SAMA SEPERTI PENULIS MAJALAH & SURAT KHABAR

Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara. Blogger tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah & boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian. Pada blogger2 sekalian sila ambil perhatian yer dengan perkara ni. Jangan sewenang - wenangnya nak tulis apa - apa kat blog demi nak menjana traffic & pendapatan sampingan. Apapun yang di tulis sila tampilkan bukti yang kukuh sebelum mendedahkan kepada umum. Jangan nak cipta hot story dogeng berkenaan orang lain demi nak popularkan diri & blog sampai langgar undang - undang. Ingat! Blogger juga boleh di dakwa. Rujukan : Kosmo