SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN

Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan?? Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut. Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebe...