Posts

Showing posts from February 9, 2011

BLOG LEKAT LEKIT DIKATAKAN BLOG TAK SENONOH

Image
Ada yang menjerit marah kat shoutbox sambil mempertikaikan apa jenis pompuan la Si Lekit ni.. Blog Lekat Lekit. Tak senonoh katanya. Terpegun & terkesima seketika. Harus la di jelajah entri lama - lama kot - kot ada entri cerita lucah ker yang dia terserempak kat blog melekit ni tapi rasanya sepanjang penglibatan Lekit dalam blog takde lagi la tulis cerita lucah atau cerita - cerita prono. Tapi kenapa ekk dia marah & kategorikan blog ni blog tak senonoh?? Lucah ke perkataan Melekat Lekit?? Apa dia bayangkan dari perkataan tersebut yer?? Jika dia berfikiran kuning & tak senonoh apa perkataan pun akan jadi tak senonoh & lucah. Sebelum melabelkan sesuatu itu tak senonoh & lucah harus la di selidik dulu apa isi dalamnya. Hanya perkataan lekat lekit kalau di label sebagai tak senonoh.. Maka mari kita fikirkan yang benda yang tak senonoh berkaitan dengan lekat lekit?? Lekat lekit... Gam pun lekat & melekit juga.. Tepung yang di bancuh dengan air pun melekat &...

BE HADIR LAGI TANPA DI DUGA

Image
Hari ni muncul lagi 1 BE untuk blog kedua Lekit menjadikan jumlah keseluruhannya 7 BE sedang aktif. 4 BE untuk Blog ni & 3 Lagi BE untuk blog kedua tu.. Wah meriah pula dengan BE. Tapi apa yang best iklan BE juga sedang rancak menarik siang malam pagi & petang. Kalau dulu ada BE, CPA jer dok berjoget - joget, kan?? Kadang - kadang jadi tanda tanya juga apa yang membolehkan sesebuah blog untuk dapat BE. Orang selalu sebut kena mainatain UV 100++ setiap hari tapi ada blog yang lagi kencang UV dia tiap2 hari pun merungut kenapa tak dapat BE even dia punya earning beratus - ratus. Kurang study la pasal BE ni.. Apa yang penting berusaha jer. Rezeki ada di mana - mana so jangan putus asa. Oh BE ku.. kekekekeke

ANTARA PUJIAN, KRITIKAN & SINDIRAN

Berblog ni cukup seronok.. Sebab selain menulis kita akan membaca. Selain menyuarakan pandangan & pendapat kita juga dapat pandangan, pendapat dari pandangan & pendapat yang kita suarakan.  Tak kira la apapun isu, feedback pada pembaca memang menghiburkan. Cukup pelbagai... Kadang - kadang buat kita senyum, kita berfikir & kita tergaru - garu kepala pun ada. Setiap comment yang datang kat blog melekit ni semua Lekit lepaskan lagi.. Takde pun Lekit delete tak kira la ianya berbentuk pujian, kritikan atau sindiran. Yang puji secara terang - terangan kita akan jelas.. Tapi yang puji secara simbolik atau lebih senang bunyi macam puji tapi sebenarnya sedang perli.. Pun aku perasan. Tetap aku lepaskan. Takde sebab aku nak delete. Itu pendapat dorang... So, Lekit hormat. Sekali ia tak berunsurkan caci maki, carut & guna perkataan lucah.. ok la tu. Pendapat setiap orang tidak semestinya berpihak kepada kita. Bermakna tak semua orang akan bersetuju dengan pandangan kita.. ...

DATO CT NURHALIZA LAGI RAMAI FAN & HATERS TAPI TAK PULA CAMNI JADINYA.. MAYBE DIA BUKAN CIKGU KOT

Image
Wah panjang pulak tajuk entri, kan?? Malam ni overnite lak. Tadi tertido awal kepala pening pastu tengahmalam tak ngantuk pulak. So, sambil - sambil tu jenjalan la cari something untuk di share kat blog. Sambil baca & membaca.. Jenguk - jenguk jugak FB. Terjumpa status seorang cikgu yang cukup menarik perhatian aku. Bukan sebab minat tapi sebab statement2 dia yang banyak guna kepala lutut dari kepala otak.. Kenapa Aku cakap camtu?? Dah banyak aku lampirkan bukti.. Malam ni meh kita lihat bagaimana manusia yang merasakan diri dia popular (mengikut pengakuan dia sendiri kat tv aritu.. Tak tengok tv pun just tengok youtube jer) mula hilang arah dengan apa yang di miliki sekarang... Wah.. Mula menyetankan haters.. Statement dari seorang guru. Bagaimana la kalau student dia yang baca. Student dia tu dah la kanak - kanak yang baru nak membesar.. So, dengan status ni Sang Lekit tertarik pula nak tengok komen & turut berkomen. Dan sengaja Sang Lekit post 1 comment nak tengok apa jawa...

BURUK BUKAN SEKADAR JENAYAH

Bila bercakap nak membetulkan silap sendiri agar nampak mulia suci & murni.. Kita (tak merujuk pada sesapa) akan cuba cari sesuatu yang lebih buruk untuk di perbandingkan dengan apa yang kita sedang buat. Semua tu untuk menampakkan betapa lebih bagus kita berbanding orang jahat itu tanpa sedar apa yang kita buat juga buruk walau bukan kes jenayah. Buruk perbuatan atau perangai bukan hanya sekadar jenayah.. Jenayah sebab ada akta yang boleh di kenakan hukuman tapi macam mana lak dengan buruk perangai macam berperilaku tak senonoh, tergedik - gedik, terkinja - kinja.. Bangga, angkuh & rasa diri dah cukup baik & hebat sehingga tidak mahu mempertimbangkan apatah lagi menerima teguran atau nasihat orang lain yang berunsurkan kebaikkan?? Apakah kita nak kategorikan dia sebagai BAIK sebab kes dia takde dalam akta jenayah & tak boleh di sabitkan dengan apa - apa hukuman?? Tak jugak kan?? Kita tetap mengkategorikan ia sebagai buruk. So, pada mereka yang merasakan apa yang me...