Posts

Showing posts from May 24, 2024

LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM

Image
LAMBAKAN FILEM SERAM SEHINGGA DAH TAK SERAM . Sejak filem seram mendapat sambutan rata rata ramai producer filem ambil kesempatan untuk keluarkan filem bergenre seram tak kira dalam dan luar negara. Sampai rasa filem bergenre seram ni lebih banyak dari genre lain dah sekarang. Tak kira la platform apapun kita menonton. Siaran tv berbayar mana pun kita langgan. Penuh dengan cerita seram.  Sebagai peminat filem filem seram dari zaman vcd & dvd lagi memang la aku suka cuma masalahnya bila masing masing berlumba keluarkan filem seram kualiti filem tu semakin hari semakin tak berkualiti. Filem semakin tak seram. Banyak tipikal. Dan banyak filem macam asal siap. Kalau hantu pun kadang effect kelakar dari seram. Serba salah pulak kita yang menonton ni sepatutnya rasa takut ke rasa kelakar. Aku ingat selepas metrowealth dah tak aktif keluarkan filem filem seram kurang la sikit filem filem sampah ni rupanya tak juga. Sama je filem tempatan atau luar negara kalau yang sampah ...