SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI

Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu. Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik. Sumber carian google Mimpi pelik aku dalam minggu tu adalah memula aku mimpi dapat anak lelaki dalam keadaan aku sebenarnya tak sedia lagi nak tambah anak tapi dah dapat aku terima ...