INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL

INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL . Dua hari ni viral satu berita berkenaan seorang wanita yang bekerja di Australia meninggal dunia akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhammah. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Bila viral isu isu macam ni banyak perkara kita dapat belajar antara sunnah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal walaupun bukan di tempat kelahirannya. Ikut tuntutan sunah Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan. Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu,...