Posts

Showing posts from September 20, 2010

PURA - PURA JUMPA BAYI.. WALHAL SENDIRI YANG BERANAK & BUANG

Image
JITRA: Helah seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di belakang dapur rumahnya di Taman Rasa Sayang, tidak menjadi apabila dia akhirnya mengaku membuang bayi itu ketika disoal siasat polis, kelmarin. Sebelum ini, remaja berusia 20 tahun itu mendakwa tidak sihat selain muka pucat dan tidak bermaya bergerak menyebabkan polis mengesyaki sesuatu mencurigakan sebelum dia akhirnya mengaku melahirkan bayi berkenaan. Suspek masih belajar semester ketiga di sebuah IPTA di Selangor itu dipercayai meletakkan bayi seberat 2.8 kilogram yang baru dilahirkannya di bahagian luar pintu dapur rumahnya sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk mandi. Difahamkan, suspek melahirkan bayi berkenaan di rumah terbabit seorang diri sebelum mengambil keputusan meletakkan bayi itu di luar rumah bagi mengelak dikesan ahli keluarganya. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin sebelum bayi itu ditemu...

ZAITON SAMEON MENGAKU PAKAI SUSUK

Image
Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain. Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti. Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau apa-apa benda yang berkaitan untuk melariskan diri sendiri, jadikanlah kisah hidup kak Zaiton sebagai satu pengajaran. Memanglah time tue dapat show banyak dan duit melimpah-limpah masuk, tapi akhirnya tak ke mana juga. Takderlah kaya raya. Susah jugak hidup. Semoga ianya jadi pengajaran Tapi kami agak terkilan sebenarnya dengan wartawan TV9 yang...