Posts

Showing posts from September 12, 2016

TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST

Image
TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST . Awal awal nak minta maaf la kepada semua yang di bayar untuk mempromosikan filem seram terbaru Volkswagen Kuning Terbitan MiG Pictures. Tahu.. korang buat sebab kerja kan.. Sumber rezeki korang. Jadi takkan korang nak cakap filem tu tak best kan? Sempenan hari raya Aidiladha ni aku minta maaf zahir & batin la yer pasal entri yang aku tulis ni. Sebab aku ni kan peminat filem seram.. Banyak kali filem terbitan MiG mengecewakan aku bukan sekali dua ok! Aku gigih beli dvd original tapi kualiti filem walau bergenre seram selalu buat aku sedih macam mati anak patung katanya. Sekarang ni nampaknya mula di tayangkan promo Filem Volkswagen Kuning. babak yang di pertaruhkan dalam promo tu babak pelakon Pekin & Atikah Suhaime dalam kereta. Dengar Atikah Suhaime tu berdialog dalam babak tu pun dah nampak tak real & tak menjadi langsung. Serius tone dia memang nampak dia tak menjiwai watak yang di bawa. Masih tahap amatu...