SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH . Setelah agak lama bercuti panjang segmen seram serik lekatlekit.com kembali menyeramkan anda. Mesti ramai yang rindu kan dengan cerita seram di blog ni. Yer yer.. aku tahu korang memang suka baca cerita seram malam Jumaat untuk menaik taraf feel seram tu. Kalau malam lain feel dia tak sama kan malam jumaat. Malam jumaat ni kalau takut takde la overnight boleh la tidur awal katanya hehehe Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku. Kisah ni aku jamin tak ada di tulis kat mana mana blog. Kisah ni berlaku 6 tahun yang lalu. Kisah ini berlaku dalam family aku.. Kisahnya selepas Arwah ayah aku meninggal dunia. Ayah pergi pun bagi aku sangat mengejut sampai aku waktu tu memang tak boleh terima kenyataan sangat. Nak2 lagi tengah dok kelam kabut dengan urusan pernikahan aku yang waktu tu tinggal lagi sebulan je nak buat prepation. Tapi aku terpaksa di nikahkan awal dari perancangan iatu selepas 4 hari arwah ayah ...