BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI

BUNYI & SUARA MISTERI PUKUL 3.07 PAGI . Tu dia siang siang hari berseram serik lekatlekit pulak dah. Yelah.. cerita fresh from oven katanya kena tulis siap siap.Kalau biar lama2 kang lupa pulak. Almaklum la menulis ni perlukan mood & idea yang fresh katanya. Kali ni tak nak cerita adaptasi dari cerita orang lain tapi nak cerita pengalaman sendiri pulak. Sumpah tak bohong ok! Rasanya lama rumah aku ni jarang mengalami gangguan bunyi misteri berbanding dulu. Tapi tiba- tiba bunyi misteri tu kembali lagi pulak. Bermula tengah malam semalam.. Alkisahnya.. Time tu aku baru nak terlelap. Kita antara tido & jaga tiba2.. aku terkejut dengan bunyi seperti perabot kayu yang di seret atas lantai. srett... sreeettt... bunyinya di malam yang sunyi hatta bunyi cengkerik pun tak ada. tetiba dengar bunyi tu dengan gemanya sekali. Memberi memberi effect seram jugak kalau orang yang penakut. Bunyi macam tu memang dah biasa cuma bila dah lama tak ada.. Tiba2 kembali tu jadi special case ...