BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG . Kalau sebut produk kecantikkan dia meliputi produk kosmetik seperti skincare, make up, supplement kecantikkan bla. bla.. yang ada kena mengena untuk cantik la. Sebut cantik ni yang paling obses nak cantik tentu la perempuan tak kira perempuan original mahupun yang tiruan.. Fitrah manusia kan.. Semua nak cantik. Lelaki pun kalau di beri pilihan depa pun tak tolak di kurniakan wajah yang ensem kaya macho bergaya bla.. bla.. bagai. Cuma lelaki ni kebanyakkan jenis.. Enjoy je apapun yang di lukiskan Allah pada wajah mereka. Tahap obses nak mengubah ciptaan Allah pada rupa bentuk depa tu tak ramai sangat jumlahnya berbanding wanita kecuali lelaki di korea la. Kat Malaysia ni rasa spesis lelaki obses nak cantik ni tak berapa banyak lagi membiak. Di sebabkan perempuan paling suka bab bab nak cantik ni maka sasaran golongan pengeluar produk adalah wanita. Nak2 lagi kita sedia maklum dalam dunia ni perempuan lagi ram...