Posts

Showing posts from March 5, 2015

TREND HITAMKAN GIGI SALAH SATU FESYEN ORANG ASIA

Image
Awat la depa ni pelik2 sangat.. Aku pun tak paham. Terlampau bijak sampai terlajak pulak. Yang pelik2 jer depa jadikan fesyen atau budaya baru. Orang punya lah dok gosok gigi nak bagi putih macam gigi fauzra dalam iklan colgate white tu.. ada jugak warga negara asia yang gigih nak hitamkan gigi supaya nampak trendy katanya... Serius selain trend pakai lampin di kalangan orang dewasa demi nak jimat masa ke tandas (boleh rujuk entri TREND PAKAI LAMPIN DEWASA ORANG JEPUN ).. trend hitam kan gigi memang aku tak boleh nak hadam sangat. Huduh kot! Tang mana la depa ni rasa cantik dengan gigi hitam pitam tu kan? Nak tengok lagi banyak fesyen pelik2 boleh tengok kat sini FESYEN TERPELIK ASIA Sudah sudah la Ooi.. mencipta budaya baru yang pelik pelik.. Dah tak macam manusia normal pulak aku tengok. Terlampau banyak fikir sangat kot sampai yang asalnya kreatif dah jadi macam gila pulak.Tapi nasib baik trend hitam kan gigi ni popular kat negara Jepun, Asia Tenggara, China dan India buka...

PASANG AUDIO MP3 BACAAN AL QURAN DI KUBUR KERANA WASIAT ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ?

Image
Manusia sekarang semua nak auto.. Maka terhasilah idea2 gila yang tak masuk akal macam ni. Siap offer design kubur ala2 heri potter bagai.. kau dah kenapa pakcik Ooi.. erkk.. pakcik ke abang aku pun tak sure. Aku pun tak sure samada ni sarcasm sebab aku baca komen kat Wall dia.. dia ada kaitkan dengan wasiat Almarhum TG Nik Aziz yang minta tak di adakan tahlil untuk arwah. Ke dia sengaja nak sindir wasiat Almarhum TG Nik Aziz tu? Nampak macam ada jugak menjurus ke situ... Apapun kalau betul dia menyediakan perkhidmatan gila macam ni hope Allah bagi hidayah untuk dia. Ini bukan penyelesaian tapi bermulanya satu masalah. Tapi aku tak rasa dia buat service macam ni.. just sarcasm je ni. Nak cakap pasal hukum hakam ni aku tak pandai tapi sebagai seorang yang beragama Islam aku memang nampak perkara ni merosakkan akidah orang jer. Amalan baru yang takde dalam Islam.. Duit tak boleh membantu orang yang dah mati di dalam kubur sana, ok! Kalau semudah tu nak tolong orang yang dah mat...

DRAMA ADAPTASI NOVEL AJAR ORANG JADI DERHAKA

Image
Ingat Sinetron Indonesia je rasa nak muntah tengok, drama & novel melayu sekarang pun sama dah. Jenis copypaste idea memang lebih kurang sama jer jalan ceritanya. Tapi Drama & novel melayu sekarang bukan jer jalan cerita jer macam copypaste idea tajuk pun sama.. laki aku sotong, dia bini aku, laki aku belakang rumah, jiran itu bini dia, bini aku bukan bini kau... bla.. bla... bla... Alahai, dah habis ilham ke hapa asyik tajuk laki bini je jadi pilihan. Kalau sorang buat adaptasi cerita novel pasal suami isteri & berjaya... maka berderet la lepas tu cerita adaptasi novel berkisahkan suami isteri yang kawen pasal terpaksa. Tak laki kena paksa kawen.. mesti bini. Pi mai pi mai tang tu jugak. Tak pun kalau tak berkisah kena kawen paksa mesti kisah pasal laki bini jugak sampai rasa nak muntah atas tv tengok drama drama macam ni. Scene2 dalam drama tu pun typikal perempuan gedik tak pun jantan kasanova. Mesti ada satu watak pembantu yang nak memecah belahkan hubungan tu. Mem...