Posts

Showing posts from March 24, 2014

MH370 BERSEMADI DI LAUTAN HINDI, SALAM TAKZIAH

Image
Akhirnya.. segala teka teki.. segala spekulasi.. segala andaian.. segala tuduhan terjawab malam ni. Ya Allah.. Kau lebih mengetahui segalanya.. Kau lebih mengasihi mereka.. Kau akhiri destinasi di lautan hindi.. Kau juga lebih tahu kenapa mengapa.. Salam takziah & Al fatihah buat semua mangsa. Ya Allah kurniakan kekuatan & ketabahan pada semua keluarga mangsa agar mereka dapat redha dengan ketentuanNya.. Ku bingkiskan kata dalam puisi Kerana tiada ayat lagi mampu ku bercerita Perit rasa hati Menerima suratan dari Nya 17 hari kami menanti penuh teka teki penuh spekulasi penuh andaian itu ini Masa telah tiba Rahsia Allah terbongkar juga Dengan izin Nya Kau khabarkan pada kami Dengan berita dukacita ini Namun tetap kami syukur Kau lebih mengasihi mereka Kasih yang tak mampu kami ukur Trajedi ini bukan satu malapetaka Tanda bencinya Allah pada manusia Tapi peringatan kepada kita yang adakala lalai dan leka Ya Allah terima kasih men...

YANG PERNAH TUDUH KAPTEN ZAHARIE ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 SILA SOROK MUKA DALAM SPENDER

Image
Masa mula2 aku membaca spekulasi yang mengaitkan kapten Zaharie (Pilot MAS MH370) dalam kehilangan pesawat MH370 memang aku rasa geram & sakit hati sangat. sakit hati & marah bukan pasal dia ahli PKR atau penyokong kuat PKR tapi sakit hati sewenangnya orang mengaitkan dia hanya sebab dia penyokong & ahli parti pembangkang. Sumber Google Dari awal, aku tak pernah rasa atau anggap apa yang berlaku ada kaitan dengan Kapten Zaharie yang kononnya ini adalah konspirasi DS Anwar Ibrahim untuk jatuhkan PM DS Najib Tun Razak menggunakan kapten Zaharie untuk membawa lari pesawat MH370. Waktu simulator Kapten Zaharie di rampas & di siasat lagi teruk la tuduhan keatas dia.. Macam2 di pertikaikan.. Kenapa dia bina simulasi kat rumah? Tak puas flight lagi ke? Dia bina simulasi sebab nak belajar landing tempat2 tersembunyi la.. Semuanya menjurus kepada tuduhan nak kaitkan dia sebagai seorang pesalah la.. Sedangkan siasatan masih di jalankan.  Sebahagian komen2 ...