DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK . Tu dia.. berat betul ujian buat seorang yang bergelar jutawan ni kan? Tak terbayang aku kesusahan dia yang terpaksa duduk di rumah kecil katanya.. Rumah kecil tu cuma ada 8 bilik & lokasi rumah tu katanya sunyi & suasananya agak sejuk. Alahai.. Sedihnya baca cerita Dato Aliff Syukri terlajak laris ni tau... Bercucuran airmata aku membasahi pipi. Syukur aku masih mampu menyewa rumah 3 bilik. Berbanding dato aliff syukri yang dah biasa hidup dalam banglo mewah tetiba terpaksa duduk sementara di rumah kecil yang mempunyai 8 bilik sementara nak tunggu rumah baru dia siap.. Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu...