Posts

Showing posts from January 11, 2024

TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

Image
Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis.  Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!!  Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah....

BERHOBI DENGAN PIXEL 3XL

Image
 Assalammualaikum.. Sudah 2024. Tapi masih wujud blog lekatlekit ni walau semakin sepi tanpa cerita. Semakin suram tanpa kata. Kesian pulak.. Dulu dialah yang memberi daku kebahagiaan. Rasa seronok menulis sampai naik court gitu. Pengalaman paling berharga sebagai seorang blogger.  Sayangnya aku pada blog apa yang melekat lekit hari ni.. Setiap tahun aku tetap renew domain. Sebab masih ada niat nak menulis disini macam dulu dulu. Insya Allah doakan 2024 blog lekatlekit kembali meriah dengan pelbagai cerita dan aktiviti. Walaupun aku tak pasti masih ada kah rakan rakan blogger sudi menjenguk di sini. Tak kisahlah.. Yang penting blog ni masih wujud.  Sebenarnya aku cerita hobi aku sekarang. Semenjak memiliki google pixel 3xl original used item beli kat shopee.. Semakin menjadi jadi la hobi aku dok tembak gambar. Tapi di sebabkan aku kurang aktiviti di luar banyak gambar dari luar tingkap rumah aku je. Kebetulan banyak pulak cik pati (merpati) suka menyinggah membawang tepi ...