AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI
AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI . Seingat aku la kan.. Aku susah nak pergi bercuti jauh2 dengan kawan kawan ni. Jenuh aku dok mengimbau kenangan semusim lalu.. Ada ke aku pergi bercuti dengan kawan kawan selain rombongan masa sekolah rendah. Tu pun melawat penang je. Balik hari. Masa sekolah menengah jangan harap la nak join rombongan sekolah.. Sekadar camping dengan kawan kawan tu pernah la. Bercuti?? hurmm.. serius aku tak pernah kot dengan kawan kawan ni. Selalunya dengan family & sekarang of course la dengan anak & suami. Maybe sebab dulu aku jenis tak suka travel kot tu yang takde memori percutian aku dengan kawan kawan. Orang kata pergi bercuti dengan kawan kawan ni lebih happening. Tapi aku takde pengalaman tu so aku tak tau la setakat mana happeningnya. Tapi pergi dengan family rasanya lebih happening kot.. Satu kalau takde budget banyak boleh tong tong atau ada yang support. Kita nak bayar makan ke hapa pun lebih senang. Semua kira s...