Posts

Showing posts from March 24, 2011

BLOG KUCING TERBIAR DAPAT PERHATIAN MAJALAH ISLAM TV ALHIJRAH

Image
 Tumpang bangga & happy Sang Lekit bila kejab tadi terbaca entri kat blog kucing terbiar dot com dimana blog tu dah menjadi salah satu blog favorite sang lekit. Almaklumlah cats lover macam Sang Lekit ni memang cukup teruja dengan blog - blog berkenaan haiwan lebih - lebih lagi kucing. Khabarnya TV al hijrah   berminat untuk mengadakan pengambaran dengan tuan empunya blog sekaligus tuan empunya anak - anak bulu tu bagi tujuan membuka mata masyarakat untuk menyayangi sesama makhluk Allah. Khabarnya pengambaran akan di buat di rumah tuan empunya itu sendiri. Yelah.. kalau buat kat studio or luar macam mana la tuan empunya anak2 bulu tu nak bawak tentera bulu nan banyak tu, kan?? Di kesempatan ni Sang Lekit nak ucap tahniah kepada en bakri tuan empunya blog kucing terbiar dot com kerana blog beliau akhirnya berjaya juga mendapat perhatian pihak media. Lekit tahu Beliau buka blog tu bukan tujuan untuk  glamour atau popular namun itu lah balasan pada kemulian hatinya....

TAK PERLU BAYAR MAHAL.. KEPUASAN DI JAMIN. post yang ke 1,000

Image
Apa benda yang murah & mampu menjanjikan kepuasan tu?? Pesanan penaja sila kemaskini otak anda.. Pastikan ia berada di dalam keadaan waras, bersih & positif kerana entri ini tiada kena mengena dengan sebarang aktiviti kurang sihat atau lucah. Seperti ramai yang tahu Lekit adalah peminat teater bangsawan yang bertiket murah.. Dah lama rasanya tak menjenguk panggung teater DBKL. Last week ada teater bangsawan Siti Zubaidah tapi malangnya Sang Lekit ada urusan di kampung so ter skip la teater tu. Ramai antara blogger - blogger yang lebih gemar tengok wayang dari tengok teater, kan?? Bagi yang belum cuba menikmati tayangan teater ni mungkin beranggapan ia membosankan. Tapi apa kata korang cuba dulu baru buat penilaian & keputusan? Sebab bagi Lekit tengok teater ni memang menjamin kepuasan la sebab semua lakonan secara live tak action & cut. Pada korang yang di sekitar KL ni kalau nak cuba merasai nikmat menonton teater boleh la berkunjung ke panggung teater DBKL sebabny...

POLIS TEMBAK DIRI SENDIRI DEMI NAK DAPAT ANUGERAH KEBERANIAN

Image
Ni la di namakan orang bodoh buat kerja gila. Berani ambil risiko pertaruhkan nyawa sendiri dengan tindakkan bodoh & gila. Kalau mati.. Anugerah pun dah tak dapat ganti nyawa. Alkisahnya Seorang polis yang bertugas mengawal sebuah rumah bekas ahli politik menembak diri sendiri kemudian membuatkan kenyataan dia di serang oleh enam orang yang tak di kenali kemudian melepaskan 3 das tembakkan dan terkena perut & bahu beliau. Selepas di siasat rupanya dia sengaja mereka reka cerita semata - mata nak dapat pingat anugerah keberanian. Kan lawak bodoh namanya tu. Mungkin bagi dia anugerah tu lebih berharga dari nyawa dia sendiri kot. Sia - sia jer dia buat semua tu sebabnya akhirnya taktik menipu dia tu berjaya juga di bongkarkan. Anugerah tak dapat.. sakit pula kena tanggung. Padan muka! Sendiri buat, sendiri tanggung. Orang fikir guna kepala otak.. dia fikir guna kepala lutut macam tu la jadinya. Rujukan : Harian Metro Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & ...

TANDA - TANDA ANDA SEORANG BLOGGER POPULAR

Melihat dari kontroversi di blog dengan bermacam - macam kisah ni, Cik Lekit try buat kajian sendiri dari permerhatian Cik Lekit semenjak terlibat secara serius dalam dunia blog ni. Apa yang dapat Ci Lekit kopek dari tajuk entri ni sekadar pendapat & penilaian peribadi jer.. Bukan dari kajian mana2 pihak yang lebih profesional. Antara tanda - tanda anda adalah blogger popular.. 1. Paling jelas jumlah follower, visitor, traffic, comment memang tahap yang membanggakan. Contoh patah perkataan dalam entri anda cuma 50 perkataan tapi mendapat komen lebih dari 100 blogger. Visitor tak yah cakap la ribu - riban la. Traffic blog sampai kena minta polis traffic cover. Memang sesak. Follower 5 ribu keatas tu benda biasa je. 2. Mendapat review dari ramai blogger yang memuji atau mengeji. Semua nak buat entry dengan nama anda sebab dorang tau orang akan clik untuk mengetahui apa di sebalik tajuk tu. Even sebenarnya cuma gimik atau taktik je dorang nak orang clik blog dorang. Tu bermakna k...