Posts

Showing posts from July 6, 2025

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?

Image
KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES? Aku lahir tahun 80an.. Tahun berapa tu tak payah tanya yang penting aku generasi yang lahir pada tahun 80an. 90an tu aku dah masuk alam kanak kanak. Jadi tipikal budak dulu antara task yang nak tak nak hang kena buat adalah tolong mak pi kedai beli barang. Zaman dulu boleh lepas bebas lagi anak anak explore dunia. Macam aku ni tahap merayap bukan setakat kampung aku habis kampung jiran jiran semua kami konvoi naik basikal. Dulu di panggil ronda. Wei jom pi ronda. Gitiew...  Berbalik pada tugasan kena tolong mak pergi kedai. Antara barang yang kena tolong mak beli.. Tuala wanita. Zaman dulu benda ni aib besar juga la. Kalau kita pi kedai beli tokei kedai tu bungkus dengan surat khabar jaga aib pembeli. Zaman sekarang mana sapa kisah dah. Iklan terpampang sebesar besar alam. Tak kira media elektronik, media cetak ataupun papan papan iklan yang pacak tepi tepi jalan. Sebab masyarakat sekarang menganggap perkara tu normal. Semua orang tahu pe...