AZAB SANGAT KE BILA KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG @ HAMIL?

AZAB SANGAT KE BILA KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG @ HAMIL? Saya selalu baca pengalaman ibu ibu mengandung yang kena minum air gula. Majoriti cerita mereka memang macam menakutkan sangat air gula tu. Apa yang di gambarkan rasa air gula yang pihak klinik suruh minum memang sangat sangat teruk yang bukan semua orang mampu & berjaya minum. Sampai ada yang marah2 bila di paksa juga minum. Air Gula. Sumber Google Sebelum saya mengupas kupis & kopek dengan rakus isu ni.. Meh sini saya kongsikan sedikit info apa tujuan minum air gula semasa mengandung ni? Adakah pihak klinik sengaja nak kenakan ibu ibu hamil? Amboi macam jahat sangat pulak kan tuduhan tu. Sebelum hangpa buat spekulasi bukan bukan sedang elok la saya bagi penjelesan dulu. Tujuan Minum Air Gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis & mengandung di usia 25 tahun keatas. Siapa yang wajib minum air gula? ➠wanita dalam kat...