Posts

Showing posts from February 25, 2020

RASA NAK PERGI TURKI LAH..

Image
RASA NAK PERGI TURKI LAH.. Lama sangat rasanya tak pergi bercuti kemana mana. kalau rasa teringin nak bercuti ke luar negara tapi tak mampu saya selalu google je tempat tempat best nak tengok culture, penduduk tempatan, tempat menari & makanan makanan yang sedap sedap di negara orang. Yelah.. Nak pergi belum ada rezeki kita cuci cuci mata dulu. Saya kalau ada rezeki bercuti di luar negara pun saya lebih suka negara Islam sebab senang nak cari makanan halal & tak la azab sangat harga makanan halal kat negara Islam berbanding negara bukan Islam kan. Sebenarnya banyak tempat tempat percutian & makanan yang sedap di negara Islam ni. nak negara bersalji pun ada. Salah satu negara yang masih banyak tempat menarik & cantik di samping ada pelbagai makanan tempatan yang boleh ngam dengan selera kita orang asia ni adalah Turki. Ada jugak la keinginan nak pergi sana kalau ada rezeki sebab Turki salah satu tempat yang masih banyak monumen purba. Benda tu sebenarnya menarik,...