CULIK MAK SEBAB ANAK MERAGAM
Ni apa kes pulak ni.. Anak sapalah yang kejam sangat sanggup culik mak sendiri. Tak takut jadi anak derhaka ker? Apa kes anak meragam, mak di culik? Nak tau apa kes.. Teruskan membaca. Macam2 kes ada.. kekekeke Ni kisah cik lala la. Sejak dua menjak meragam jer. Paling teruk selepas mak pergi berehat2 kat rumah adik sang lekit. Dah teruk sangat meragamnya.. menangis siang malam, semalam en hubby pergi culik mak kat rumah adik. Dalam erti kata yang tak bergimik ganas, jemput mak balik kerumah kkitorang sementara dia masih kat sini. Minggu depan mak dah nak balik kampung. Elok la pulak lala semalam. Tak meragam langsung. Cuma siang je dia meragam, malam tak lagi. Tidur pun ok. Bangun minum susu jer tapi letih jugak sebab lala 1 jam sekali bangun minum susu. Pun macam tu, lebih baik la dari dia bangun minum susu lepas tu menangis & taknak tidur sampai siang, kan?? At Least walau 1 jam sekali dia bangun, dapat la jugak lelap mata. Takde la lemau sangat rasa. Jadi mak yang kitorang ...