Posts

Showing posts from January 6, 2017

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

Image
TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE . Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke.  Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak. Tu lah ...

GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG

Image
GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG . Dah dua hari mak mertua aku masuk wad di hospital selayang. Setakat nak kata stabil.. tekanan darah masih tinggi. Menurut doktor dia bukan dalam keadaan yang stabil lagi tapi cuma better dari sebelum ni & Condition dia masih statik.. bermakna tak bertambah teruk atau bertambah baik. Masih tak boleh makan & minum.. Minum susu melalui tiub jer.. Hope nanti mak mertua akan bertambah pulih.. Kesian jugak dok minta nak makan & minum tapi doktor masih tak benarkan takut dia tersedak. Maka 2 hari jugak la lepas anak aku balik sekolah berdesup kami ke hospital. Semalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Kesian la si kecik aku tu.. Pagi dah nak kena bangun pergi sekolah. Menangis jugak la masa paksa bangun. Penat gamaknya.. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Bila banyak habiskan masa kat ward pantau mak mertua.. Sebab aku dengan asben aku ni kami ni memang di lahirkan dengan kelebihan yang suka bertanya & ramah tamah kot.. ...