LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA

Oh la la.. sekarang tengah tido. Maksudnya pukul 1.38 pm dia tengah tido. Sekejab lagi mungkin dia bangun maka bersiap sedia dengan perisai.. Sebaik je dia bangun dia akan check TV samada pasang atau tutup. Kalau TV tu off.. paham2 je la, kena buka. Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido. Kusyuk layan upin ipin kat enpon kecik dady Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon ...