BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK?

BATAL KE TIDAK WUDHUK SELEPAS MENYUSUKAN ANAK? Ada sesapa tak tertanya perkara ni? Bagi yang ada baby yang masih menyusu badan ni.. Kita sentiasa berdepan dengan situasi tak di jangka. Kadang kadang dah siap ber wudhuk tetiba anak minta nak menyusu. Anak nombor dua ni memang kerap berlaku benda ni. Elok elok tengah tidur masa kita pergi ambil wudhuk nak solat tetiba bangun nak susu.. Sebelum ni memang selepas bagi susu & tidurkan semula saya ambil wudhuk balik sebab saya kurang jelas samada batal atau tak wudhuk saya selepas susukan anak. Jadi saya try la google kan.. ye ye tahu. Lebih afdal merujuk kepada ahli nya terus dari mengambil info di internet tapi Insya Allah sumber yang saya rujuk di carian google adalah sumber yang sahih sebab saya refer dari portal rasam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Insya Allah.. Sumber tak di ragui. Apa yang saya baca adalah tidak batal wudhuk sebab.. Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada ...