JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU . Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah. Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas...