MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT . Dulu tak pernah tahu kewujudan sambal hitam. Tak terbayang rupa & rasa dia macam mana.. Tapi tertengok ada kot blogger yang tunjuk benda ni macam best ja kami rasa. Pertama kali try makan sambal hitam ni kat satu restoran depan wangsa walk tak silap.. Terus jatuh cinta baq hang! Sedap rupanya sambal hitam ni. Sampai teringat ingat lepas kali pertama cuba. Soto di makan dengan sambal hitam pamah kulat Sambal hitam ni tak silap asal dari pahang.. Ni kira makanan tradisi orang pahang la kan. Tapi apa salahnya orang kedah nak makan kan? Kita kan satu malaysia.. hehehehe. Nak buat bukan mudah walau nampak macam mudah. Bahan di gunakan pun nampak simple tapi selalu dok dengar orang cerita nak membuatnya agak lama. Dan di sebabkan tu la aku tak pernah pun nak try buat sendiri sambal hitam ni. Dasar malas kan? hahahaha Kalau yang jenis dasar malas macam cheq ni.. Setakat nak makan sambal hitam takde hal la ...