Posts

Showing posts from December 28, 2010

TUTORIAL MEMASAK NASIK SAMBIL BERBLOGGING

Okies..di sebabkan banyak blog & ramai blogger yang suka berkongsi tutorial & resepi bagai.. Lekit pun nak bagi tutorial jugak. Walau nampak remeh tahukah korang masih ada anak dara, maka  dara & anak teruna & bapak teruna yang tak tau macam mana nak masak nasik putih.. Nasi minyak.. nasi beriani.. nasik himpit bagai korang tak yah tanya la. Kalau nasik putih pun mentah lagi or jadi bubur maka secara rambangnya & lazernya aku mengatakan bahawa mereka ini memang tak tau masak nasik. Okies pada blogger yang tak tau macam mana nak masak nasik.. Pastikan beras, periuk or rice cooker ada. Kalau semua tu ada pastikan bekalan air kat umah anda juga ada. Sebab semua bahan & peralatan ini adalah wajib ada untuk masak nasik yer. Masukkan beras seberapa banyak korang nak.. Agaknya Oberoi perut tu lepas isi la. Then cuci bersih2 pastu masukkan air. Guna sukatan secara tradisi yer.. Menggunakan jari.. jari mana ikut suka hati tapi haruslah tangan kanan. Ukur beras da...

Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com

Image
  sekarang blog list Dauspozi dibuka untuk para blogger, tak kiralah blogger baru ke, blogger lama ke, blogger kaya mahupun blogger miskin. So saya blogger merempat bleh ker join?? Kekekeke.. Mestilah boleh. Mari menjawab soalan yang di beri.. Dari manakah korang kenal blog Dauspozi.com? Hasil Blogwalking.. clik punya clik.. then sampai ter clik blog Teruna suci.. semak entri beliau then jumpa segmen ni kemudian clik link rujukan yang di beri seterusnya berkenalanlah saya dengan blog Dauspozi. Tapi tak kenal rapat2 lagi.. Baru jeling - jeling & senyum - senyum jer. :)  Kenapa korang nak join blog list Dauspozi.com? Untuk memeriahkan lagi blog saya sekaligus menambah kenalan di antara blogger. Dan statement yang tak tipu punya adalah untuk meningkatkan jumlah PV & traffic. Semua blogger pun camtu. Tipu la kalau cakap tak, kan??  Apakah tujuan sebenar korang menulis blog? Tujuan sebenar adalah sebab minat menulis, mengarang, menaip & mahu penulisan saya jadi...

SAGUHATI MELEKIT UNTUK TOP 1 PENGOMEN TERBANYAK

Image
Hari ni mood nak godek - godek gambar.. edit2 takat aku tau.. memang ada. Nak buat header sendiri pepagi tadi lagi dah siap godek - godek. Mood tu ada lagi.. Pepetang sambil BW terfikir gak nak bagi something buat mereka yang rajin menaip kat entri melekit ni. Nak buat untuk semua top 10 belum ada masa then aku just pilih komentar terbanyak je la. Rasanya afdal sangat la buat header untuk cik adik tu sebab dia pun memerlukan, kan?? kekekekeke. Actually ni just saguhati yang takde harga apapun. Nak bagi hadiah mahal2 den belum mampu. Nak buat GA pun rasanya belum sampai tahap tu lagi... So, bagi award & bagi menda2 camni la kat kengkawan blog tanda terima kasih. So, Pemenangnya.. Dia ni memang rajin comment entri akak lekit dia ni. Seorang yang sederhana sifatnya, amat merendah diri & penggunaan bahasa dalam blog dia juga amat la menenangkan si pembaca. Bukan macam blog melekit ni.. Serba serbuk melekit. kekekeke. Kagum dengan pencapaian blog beliau takat ni. Walau baru ber ...

APA ADA DALAM SAMPUL ITU?? SUNGGUH MISTERI..

Image
Tadi nak turun buang sampah then singgah la jab post box kat bawah check kot2 ada surat cinta ke hapa ker.. (Kau berani dapat surat cinta lagi!!). Buka la post box tu sambil ada sorang mamat dok edar menda ntah kat post box.. (Maybe flyers kot). Lantak kau la! Depan2 ko aku campak flyers2 sampah yang tak berkenaan, ok! Bila check tu ada la satu sampun yang bertulis nama & alamat seperti demikian rupa... Ternyata nama tu nama aku then memang untuk aku ler Aku pun apa lagi menderap tapak kaki ni naik tangga balik umah.. Tak sabar nak buka surat ni. Macam 1st time dapat surat lak kan?? Excited tahap babon gitu. Then bila buka... Jumpa satu Nota ringkas... Ooo.. Rupanya datang dari penganjur contest ni.. Contest Qarl's 15 Projects 2010 Betul la aku terpilih sebagai pemenang saguhati.. Aaii.. takat dapat nota terima kasih jer.. Kata ada souvenir dari singapore... Memang ada!! Ni ha.. Comel kan key-chain ni. Jauh ni terbang dari Singapore Apapun thanks yer pada En Q...

Happy Anniversary Lekit & Lekuk

Image
Happy Anniversary lekit & lekuk. Tu dia sejak bila lak laki aku dapat gelaran lekuk ni?? Wah.. diam tak diam dah 8 Bulan perut aku.. erkk.. apa kena mengena dengan perut lak ni. Bukan itu la! 28 Dec 2010 genaplah 8 bulan usia perkahwinan Puan Suria & Encik Shahrul. Rasa macam baru semalam dok try baju pengantin. Belek - belek baju pengantin yang hanya sekali je pakai tu dalam almari.. 28 adalah tarikh keramat dalam hidup kami (Puan Lekik & Encik Lekuk yer.. (Nama gelaran baru hubby den). Sebabnya tarikh lahir aku 28 Aug, Hubby 28 Mei & tarikh nikah kami 28 April. Walau masih berdua.. belum ada tanda - tanda untuk bertiga apatah lagi berempat berlima & beramai - ramai.. Tapi kami tetap bahagia & masih bersama. Masih berpegangan tangan bila berjalan.. So, masih takde apa yang mengubah kehidupan kitorang. Hope kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga. Berani kau cakap pasal syurga kalau amal sejengkal cuma!! Apapun setiap hari aku cuba juga untuk berubah kea...

ILMU HALIMUNAN DI PRATIKKAN

Image
Sejak minggu lepas lekit dah belajar satu matapelajaran baru kat umah.. Kekekekeke. Subject apa tu?? Ilmu ghaib ker?? Atau ilmu halimunan?? Lebih kurang camtu la. Hasil BW.. Ainismaira kalau tak silap share pasal software untuk buat transparent header.. Then tanpa berlengah atau berlenggang kangkung lagi aku pun terus la download software tu. Hasilnya... (sila scroll keatas balik untuk melihat result dari hasil pembelajaran aku. Itulah header baru.. Transparent dia punya background. Ala - ala subject halimunan gak ni.. kekekekeke. Sebenarnya header yang lama tu aku dah buat transparent tapi orang tak bapa perasan la sebab header lama kan. Sama jer.. So korang kalau nak download software ni sila clik http://www.gimp.org/ . Tutorial sila la semak kat blog Ainismaira . Hasil Tuaian Melekit

BUDAK ENAM TAHUN JADI GURU

Image
Hanya dalam tempoh enam bulan dalam pengajian semasa berusia empat tahun seorang kanak - kanak berusia 6 tahun kini bergelar seorang guru. Wah hebat kan?? Guru apa ni melekit?? Ko jangan nak propa lebih - lebih ok! Takat guru masa main masak - masak ko jangan nak Gimik besar besaran sangat. Erkk.. mana ada guru main masak - masak la. Ni Ha.. Seorang kanak - kanak berusia 6 tahun dah jadi guru Yoga. Bukan guru bidang pendidikkan yer.. Cis! Tercabar cikgu2 kat sekolah kan?? Alkisahnya.. Seorang kanak - kanak ni berjaya di kesan bakatnya oleh Pelatih budak itu, Hari Chetan yang berusia 67 tahun semasa dia menjadi muridnya semasa berusia empat tahun. "Dalam tempoh enam bulan latihan, dia mengejutkan orang ramai kerana dia berjaya melakukan posisi yang sukar dengan mudah dan sempurna," kata Chetan.  Kini dah hampir 2 tahun kanak - kanak ini mengajar Yoga pada golongan dewasa . Tapi korang jangan lak cari budak tu nak berguru Yoga dengan dia sebabnya bukan kat sini tapi kat...

MATI DUA KALI CUMA KESILAPAN MANUSIA

Kepakaran manusia takkan mampu menandingi kepakaran pencipta  (Allah). Sesungguhnya takde manusia yang hidup & mati 2 kali cuma sering di kaitkan dengan bagai mati hidup semula bila manusia itu menerima musibah yang besar hingga dia terfikir takkan berpeluang lagi hidup waktu tu tapi dengan kuasa Allah maka dia masih di beri kesempatan untuk hidup. Ok.. terbang dengan belon panas jauh sikit ke Brazil yer tentang seorang wanita tua yang di sahkan mati kemudian tiba - tiba hidup semula ketika dalam keranda kemudian mati selepas dua hari. Ini membuktikan manusia sering membuat kesilapan.. sebabnya maybe warga emas itu cuma koma then ada kesilapan teknikal kat mana - mana maybe dia di sahkan mati. Tup.. tup dah siap keranda bagai, bangun pula si tua ni then mati balik selepas 2 hari. Tuhan takkan pernah membuat kesilapan.. Setiap manusia yang hidup sudah di tulis hari kematiannya. Bila tiba masanya takkan lewat atau cepat walau sesaat. Kita manusia walau bergelar pakar sekalipu...

TUKAR AGAMA SEBAB KESEMPITAN HIDUP

Image
Bunuh diri pernah di cuba, kemudian hampir menukar agama kerana terpengaruh dengan kehidupan mewah yang di gambarkan rakan pun pernah di fikirkan.. Semua ni sebab kesempitan hidup. Wah kesempitan hidup juga buat manusia berfikir sempit. Ini kisah yang terjadi pada sebuah keluarga malang.. SEMPIT...Shahrul bersama isteri, Aishah Ismail dan anak mereka di bilik tidur yang disewa di Kota Damansara. Akibat perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian, seorang suami juga bapa kepada 3 anak ni pernah mencari jalan pintas untuk keluar dari belenggu masalah dengan cuba memakan 60 biji pil tidur & menelan peluntur pakaian tapi berjaya di halang si isteri. Lepas tu tak cukup dengan tu dia juga pernah terfikir nak tukar agama bila di pengaruhi rakan tentang kehidupan mewah. Namun Iman yang ada maybe buat dia masih ingat Tuhan. Kini Si Ayah terpaksa bersetuju menyerahkan anak dalam kandungan isteri kepada keluarga lain demi masa depan anak kerana ...