PELATIH BOMBA WANITA HARUS BOTAK?

Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas. Peraturan dalam surat yang diterima,hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan. (Baca artikel sepenuhnya DISINI ) Tu dia cedukkan artikel dari harian metro. Sang lekit ada post kat status FB pasal isu ni, ada kawan sang lekit bagitau sepupu dia yang mendaftar untuk kemasukkan yang sama di terengganu pun di botakkan juga. Aduhai.. kenapa pula perempuan di botakkan?? Pelakon Syarifah Amani ketika botak. Hasil carian google. Dulu kecoh pasal Pelakon Syarifah Amani yang di botakkan dalam filem mualaf. Ramai yang mengkritik hebat pelakon tersebut. Huk...